Isnin, 25 Julai 2016

Hari Bersalin.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Setelah 38minggu si kecik berguling dalam perut, sampai la masa dia nak keluar. Seperti yg anda ketahui, ini adalah 1st time saya mengandug, so, ini la jugak kelahiran sulung.

22 APRIL 2016
Balik dari kerja tengahari, ada bloody show, tapi takde sakit, aku dah bersedia kalau haritu nak bersalin. Tapi bloody  show jela tanda masa tu, badan tak sakit mana.

23 APRIL 
Aku tak boleh tidur lena sebab badan sakit sakit. Kira contraction, tak tetap. Harini suami aku ada exam, harap baby keluar malam.

Aku rehatkan diri, tak aktif mana, suami habis exam petang, jadi lepas zohor aku start mengemas, kemas bilik bawah tempat bakal habiskan masa waktu berpantang. Basuh bilik air. Sambil tu aku makan ubat selusuh homeopati dan minum raspberry tea. Contraction boleh tahan lagi masa ni. Beg aku pun baru nak kemas, hoho.

Rancang nak pegi hospital lepas maghrib, tapi nak makan, kemas kemas, lepas isyak jugak pergi. Dalam pukul 10 sampai Hospital Ampang, abah dgn mak yg hantar, mak pesan baca ayat kursi byk byk, abah pesan jgn risau, abah dgn mak doakan, lepastu pergi kat PAC, daftar semua, dia suruh aku masuk cek jalan, aku nampak doktor laki melilau kat situ, aku cakap kat nurse aku taknak doktor laki, aku taktau la nurse tu perli ke apa, dia cakap kuat kuat LELAKI TAK DIBENARKAN! Bila aku kata nak bersalin dengan doktor perempuan pun dia macam buat muka, entah le nak... Yang masukkan branula kat aku pulak doktor pelatih, sangat lama dia buat dan sangat menyakitkan aku, tapi tabahkan jela hati, bila cek jalan, tengok tengok dah 5cm, pasang mesin ctg ape semua. Then dia suruh tukar baju, lepastu masuk antibiotik (sbb aku ada GBS). Masa ni contraction tahap gigil gigil dah. Nurse kata LR (Labour Room: Bilik Bersalin) penuh. So duduk la aku kat luar tunggu sambil bersandar kat laki aku, sakit yang amat. Lepastu nurse panggil bagi aku baring kat katil kosong, dekat pukul 12 nurse kata nak hantar pergi labour room.

Dalam labour room, cek jalan lagi, still 5cm. Alhamdulillah yang bertugas malam tu doktor perempuan, aku ada jugak kata kat nurse masa dalam tu aku nak doktor perempuan, dia kata hospital kerajaan tak boleh mintak. Lepastu masuk nurse lain, dia la yang sambut aku bersalin, yang ni memang baik, cool je dia, nampak muda lagi. Nurse pasang ctg, tanya ada minum air zamzam ke selusuh ke sbb contraction kuat, aku jawab takde, aku pun tak ingat ada tak aku minum air zamzam, tp ubat selusuh ada la makan. Aku tanya nurse bila laki aku boleh masuk, nurse jawab tunggu doktor dulu. Doktor lambat, sebab masa tu ramai yg bersalin. Nurse tgk contraction aku kuat, jadi dia tanya nak ubat tahan sakit tak? aku mintak gas, dia offer epidural, aku taknak. Padahal gas tu mcm takde kesan je, puas aku sedut.

Masa dlm LR, aku terdengar bunyi perempuan menjerit kuat gila, pastu bunyi macam menendang ke ape ntah, aku dah seram, terpikir 'jap lagi aku camtu ke?', bila doktor masuk, cek jalan lagi, 5cm jugak. Doktor pecahkan air ketuban, pastu bagi laki aku masuk. Lepas pecahkan air ketuban, contraction makin kuat, memang tak tahan masa ni. Laki aku muka nak menangis tengok aku menahan contraction sampai dia kata takyah la beranak dah (masa ni jela, lepas tu.. hmmmphhh).
Masa ni, aku baca ayat kursi dgn tercungap cungap sambil genggam besi tepi katil, nurse suruh cuba mengiring, bila mengiring lagi dahsyat sakitnya, jadi nurse bagi aku terlentang. Nurse yg jaga aku dlm LR ni memang terbaik, dia cool je.

Tak lama lepas tu datang rasa nak meneran, takleh nak tahan dah, aku suruh laki aku panggil nurse, sbb masa ni kitorang je dlm LR tu. Aku pun teran, teran, dan zapp, nurse gunting. Entah berapa kali teran, laki aku suruh aku pandang dia, dia bagi semangat, kata aku boleh buat, contraction datang, aku teran lagi, lepastu laki aku kata 'baby perempuan', maka lahirlah Maryam At Thahirah pukul 1.54 am 24 APRIL 2016.

Nurse tanya laki aku nak potong tali pusat tak, laki aku tak nak, heheh. Dan Maryam diletakkan atas aku, diazankan dan diiqamatkan. Nak tahnik nurse mcm blur, dia taktau boleh ke tak tahnik, si dia kata nanti je tahnik. Kemudian muula la sesi keluarkan uri dan menjahit. Sakit tak beranak? Untuk kali ni aku rasa yg teramat sangat la sakit tak lama, dalam 4-6 jam kot. Masa meneran tak sakit, rasa nak meneran je la. Kena jahit memang sakit. Tu untuk kali ni la, akan datang aku taktau la, huhuh.





SEKIAN

Isnin, 18 Julai 2016

3rd Trimester (Week 27-38)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Fuh.. ni berapa lama nak kena flashback pun taktau.  Harini baru ada mood (rajin) nak menulis. Dalam 3rd trimester ni seingat aku, selera mmg macam apa entah, tiap 2 jam lapar. Tidur malam tak lena, sakit2 badan, kerja pun banyak hari juga ponteng (klinik bapak sendiri kan..), tapi aku tetap semangat untuk berjalan sana sini, masih lagi tawaf shopping complex waktu ni..

Teringat masa checkup dekat klinik, aku tanya bila lagi boleh scan baby, masa tu 32minggu rasanya, disebabkan aku takde buat scan masa 28minggu, aku pun dirujuk utk buat scan. Masa scan tu aku tanya dr "blh tgk jantina tak?", dr tanya tak pernah tengok lagi ke? Aku memang takde checkup tempat lain, so memang tak pernah tengok, dr tu pun scan, dia kata baby kaki tutup, dia kata takpe, scan benda lain dulu, nanti tengok balik. Masa tengok balik tu, dr kata perempuan, hehe. Tapi hati aku kata laki.

Masa 36minggu, aku nak buat 4d scan (which is dah lambat), tapi tak dapat, sbb baby dah besar, scan jantina lagi, sonographer kata confirm perempuan, sbb dia memang tgh bukak kaki, Hihi.

Bila ada checkup kat klinik kerajaan, sekali lagi aku tanya jantina, dr kata mcm perempuan, tapi bila scan hujung2 ni mmg selalunya nampak perempuan pun katanya. Ramai ingat aku bawak baby laki, sebab baby aktif betul, dgn aku yg kuat makan lagi, dan saiz perut.

After all, aku happy je baby perempuan ke laki, yang penting jadi anak soleh/solehah yg mampu doakan aku bila dah dlm kubur nanti. Cerita bersalin aku cerita dalam entri lain ye.