Selasa, 29 Januari 2013

Hantu kucing hitam .

Kisah di bawah ini adalah benar dan berlaku kepada saya sendiri .


Subuh tadi ada kucing datang time aku tengah tidur , disebabkan dalam gelap , aku tak dapat cam kucing tu , tapi dia bising la . Dalam keadaan mamai aku cuba cam kucing tu , nampak macam bulu hitam , memang ada sekor kucing bulu hitam kat belakang , tapi kucing tu tak pernah masuk bilik aku , tiba - tiba aku teringat cici (kucing akak yang tinggal dengan aku minggu lepas , aku dah trauma duduk dengan dia , sebab dia bising yang amat) , tapi cici kat rumah akak , tak kan la ? Berdebar - debar gak la aku , aku tengok betul - betul kucing tu , rupa - rupanya kucing aku , si lecak , disebabkan dalam gelap , aku tak perasan tompok tompok kat bulu dia . Haih , memang aku trauma dengan kucing hitam kot .

Khamis, 3 Januari 2013

Tonsilisitis & tonsilektomi (Amaran : tidak disarankan bagi mereka yang lemah jantung)

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tak ada entry baru , akhirnya keluar juga idea untuk menulis . Entry kali ni nampak macam gempak . Jom saya kenalkan anda dengan tonsillisitis .

Mula-mula kita kenal dengan tonsil dulu . Tonsil ni adalah kelenjar yang berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan . Tonsillisitis pulak adalah radang pada kelenjar tonsil tu . Tonsilektomi pulak adalah operasi pembuangan tonsil akibat radang yang berlaku .

Saya sendiri mempunyai tonsillisitis yg kerap , dari Disember 2011 hingga November 2012 hampir setiap bulan saya menghidap demam disebabkan radang tonsil ni . Selepas beberapa kali tonsil ni membengkak dah macam tak reti nak kecut dah , dia memang bengkak je , tinggal bengkak biasa atau bengkak sangat je beza dia .

Gambar diambil pada 20.12.12
Atas nasihat doktor , saya dengan rela hati memilih untuk melalui tonsilektomi (mana tak , sapa tahan demam setiap bulan ) .

Pada 26.12.12 saya dimasukkan ke Hospital Ampang , Wad 5C . First time masuk hospital , seram takyah cerita .

Keesokan harinya , 27.12.12 saya disiapkan untuk menjalani tonsilektomi . Mula dari 12 tengah malam , saya disuruh berpuasa , dalam pukul 10 pagi (kot) saya diminta bersiap untuk pergi ke bilik pembedahan . Operasi tonsilektomi dijalankan dalam keadaan bius penuh , jadi , doktor tu suntik bius (pedih sikit) , masuk bilik , dia suruh tarik nafas sambil dia tekup dengan topeng oksigen tu , lepastu saya dah tak sedar , pengsan .

Tak tahu berapa lama pembedahan berlaku , tapi sewaktu saya sedar , rasa haus yang teramat sangat (minta air tak dapat2) . Setelah kembali ke wad kesan bius masih belum hilang , jadi , memang berat nak angkat badan , nampak pun blur lagi .

Pada mulanya , saya mengalami muntah-muntah (muntah darah pertama sekali) , kemudian , sakit tekak (biasa la tu) , dan terdapat sedikit luka dan ulser di bibir , gusi dan lidah (lidah kebas). Penjagaan selepas pembedahan sangat penting untuk mengelakkan pendarahan , saya diberi cuti selama seminggu untuk mengelakkan saya dari hubungan luar supaya tidak dijangkiti kuman .

Hari ini , 3.1.13 , lebih kurang 8 hari selepas pembedahan . Tapi sakit masih ada (kalau menelan , sakit tekak sampai telinga , doakan saya cepat sembuh) . Ada sikit gambar untuk cuci mata . 

28.12.12 (DAY 2)

29.12.12 (DAY 3)

30.12.12 (DAY 4)

31.12.12 (DAY 5)

1.1.13 (DAY 6)

2.1.13 (DAY 7)