Ahad, 21 September 2014

Aku dan sang pencicip

Assalamu'alaikum

Masuk kali ni, entah kali ke berapa aku deactivate twitter. Bukan sebab apa, ada sesuatu yang aku tak nak tengok kat situ. Dan juga, aku tak boleh berhenti membebel kat twitter. Takut takut terlukakan hati orang atau terbuka aib orang mahupun aib diri. Aku tak mampu jaga. Baik buang.

Harap maklum.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Hati Mati

السلام عليكم

Lamanya tak post apa apa. Mungkin sebab sibuk, mungkin jugak sebab malas. Ok, straight to the point...



Pernah tak kita buat salah tapi kita tak rasa bersalah. Contoh, pernah tak kita tinggal solat dengan sengaja tanpa sikit pun rasa bersalah, berdosa, atau takut?
Kalau lah sekarang ni kita camtu, tolong muhasabah, paksa diri untuk wujudkan perasaan takut kepada Allah. Yang menulis ni pun tak baik, tapi nak mengajak kepada kebaikan. 
Kita taktau bila kita akan mati, takut takut kita mati dalam keadaan terburuk (Nau'dzubillah). 

Tengok balik al-Quran, tebal mana dah habuk kat al-Quran? Kesian kat diri sendiri. Sekarang kita masih lagi bernyawa, bermakna masil lagi ada peluang. Rebut peluang ni untuk berubah.

Tak nak tulis panjang, nak update sikit je. Mohon doa semua supaya kita diberi hidayah dan taufiq, dan ditarik nyawa dalam keadaan terbaik. InsyaAllah.

والله أعلم

Jumaat, 18 Julai 2014

Kosong

السلام عليكم

Semalam , aku berbuka puasa dengan kawan . Sehari sebelum tu , ada orang kata aku nampak lain . Aku nampak lonely . Haha . Kalau tanya aku , aku taktau nak kata lonely ke apa ke . Aku just taktau apa perasaan aku sekarang . Semua orang ada masalah , and of course aku pun ada , tapi masalah aku adalah masalah yang aku taktau apa penyelesaian dia , lagi aku fikir , lagi rumit .

Balik kepada cerita semalam , aku pun tanya kat seorang sahabat ni , yang dah kamcing dengan aku dari tingkatan 1 , bermula la dialog sebegini :
Dija : Aku nampak lain ke ja ?
Haja : Ha'ah 
Dija : Apa yang lain ? Ada orang kata aku nampak lonely
Haja : Yup , kau nampak kosong
Dija : Mana kau tau ?
Haja : Kasyaf (gurau) , dari mata kau .

Kosong

Selepas dialog tu , aku akui aku memang rasa kosong , aku sensitif sejak kebelakangan ni . Aku kuat termenung , aku akan gelak guling guling kat something yang tak berapa nak kelakar . Aku pun taktau kenapa , dan aku pun taktau kenapa aku tulis benda ni kat blog . 

Kesimpulannya , aku taktau kenapa dengan aku ni , dah masuk 10 Ramadhan terakhir , moga dipertrmukan dengan lailatul qadr dan semoga kekosongan jiwa ni kembali terisi dan kecelaruan ni akan terungkai . 

والله أعلم

Isnin, 7 Julai 2014

Apa aku nak buat lepas diploma ?

السلام عليكم

Memandangkan semester ni semester akhir . Soalan ni selalu diajukan , kadang kadang aku sendiri ajukan soalan ni untuk diri sendiri . "Apa aku nak buat lepas ni ? " , mak kata pilih 3 , kerja , kahwin , belajar . Kerja ? Maybe , tapi nak kerja apa ? Kalau la ada orang nak bagi kerja jadi reviewer ke , seronok gak . Kahwin ? Takda calon . Belajar , yang ni macam yang terbaik kan , tapi tak minat sangat belajar , kalau boleh nak belajar luar negara , tapi syarat mak , kena kahwin dulu  . Tiba - tiba datang 1 ilham . Ingat nak masuk Tahfiz , nak menghafal . Ataupun nak ambik kursus bahasa , bahasa Jepun ke .

Kalau nak diikutkan , aku memang takda ape - ape plan untuk lepas ni . Plan aku adalah untuk wait and see , tengok orang lain ada plan , ada yang nak ambik diploma lagi sekali , tapi dalam bidang qiraat , ada yang nak ambik degree , ada yang nak kerja , aku blur . 

Kalau tanya apa yang aku minat , aku minat bahasa , so maybe aku boleh belajar bahasa . Aku minat tengok movie , shopping , makan , so mungkin boleh jadi reviewer . Tapi aku tak nampak cara untuk ke situ . 
So , apa conclusionnya ? Aku masih lagi dalam kekeliruan taktau nak buat apa . Moga Allah bagi yang terbaik untuk kita semua . InsyaAllah . Amin .

والله أعلم

Sabtu, 5 Julai 2014

Ramadhan Mubarak

السلام عليكم

Walaupun macam dah terlambat kan , sebab dah masuk seminggu kita berpuasa . Fasa 1 akan berlalu tak lama lagi . Cepatnya Ya Rabb .
Disini saya nak mohon maaf andai ada dosa saya dengan kalian sama ada di depan belakang , kiri , kanan , atas dan bawah , buat yang mengenali saya , yang tak kenal tapi baca blog ni pun saya mintak maaf . Moga kita keluar dari Ramadhan ni dengan segala dosa diampunkan . Doakan saya supaya Istiqamah dalam kebaikan , dijauhkan dari maksiat dan dimatikan dalam Iman .
Selamat berpuasa , selamat beribadah :)