السلام عليكم
Fuh.. Memang dah lama sangat tak tulis blog ni, alasannya adalah sebab takde apa yang nak dikongsikan. Hidup sekarang ni rasa macam hari hari buat benda yang sama, sebab tu takde apa yang nak dikongsi.
Pada 27 Ogos 2015, waktu subuh, saya melakukan pregnancy test, atas nasihat kakak suruh buat pagi pagi lepas bangun tidur untuk result lebih tepat. Bila keluar result: POSITIF, rasa nak menangis je, selepas solat subuh bagitau dekat suami "kita mengandung", dia tanya "mana tahu?" Hahaha.
Sebenarnya sebelum buat pregnancy test lagi dah agak dah yang saya mengandung, sebab badan selalu rasa tak sedap, perut asek kembung, pastu selalu la cakap kat suami dengan nada gurau yang saya mengandung, suami pula asek kata takde, tak mengandung.
Bila dapat tahu mengandung memang rasa sedih + takut. Bukan sebab tak nak anak, mestilah nak zuriat kan, cuma terasa macam 'Mampu ke aku pikul tanggungjawab jadi ibu? Boleh ke aku didik anak aku jadi manusia?' Lagipun kalau ikut rasa nak sambung belajar dulu, lepastu baru nak anak, tapi tu rancangan kita sebagai manusia, Allah lebih dulu tetapkan segalanya untuk kita. Lagipun rezeki kan, berapa ramai pasangan yang nak anak, sampai sanggup berhabis duit.
Waktu dapat tahu mengandung tu terus pergi klinik warda untuk confirmkan dengan scan. Doktor pun tanya bila last datang haid dan sebagainya, lepastu doktor kata dah 4 minggu, teruskan dengan scan, nampak kantung je masa tu. Masa menunggu tu sampai rasa nak pengsan jugak la sebab tak breakfast, doktor pun bagi vitamin mengandung. Total dalam RM60-70.
Inilah gambar scan |
Masuk minggu ke 5 masih pergi kerja walaupun kadang kadang ponteng, masa minggu ke 5 ada turun darah dalam 3 hari, ingatkan gugur, cek dekat abah je, abah kat ada lagi, miscarriage 2%, pastu abah bagi ubat.
Minggu seterusnya bermula la morning sickness yang tak berlaku hanya pada waktu pagi, tapi berlaku setiap masa, tak selera makan, muntah, sakit belakang, sakit perut, sampai menangis nangis bila nak tidur sebab sakit perut. Bau masakan memang tak boleh, rasa sesak je bila bau, dulu hantu tomyam, tapi bila ngandung, bau tomyam pun takleh, jadi sepanjang masa ni, tomyam tolak tepi.
Malam malam pun takleh tidur, taktau kenapa, kalau kata tidur awal pun, mesti dekat pukul 1, terbangun, lepastu memang takleh tidur, kalau tidur pukul 11 pun dekat pukul 1 terjaga jugak, entah kenapa.
Malam malam pun takleh tidur, taktau kenapa, kalau kata tidur awal pun, mesti dekat pukul 1, terbangun, lepastu memang takleh tidur, kalau tidur pukul 11 pun dekat pukul 1 terjaga jugak, entah kenapa.
So, setakat ni tu je la, 1st trimester memang azab, tapi saya tau ada orang lalui lagi teruk dari saya, sampai jadi macam kain buruk dah, insyaAllah setiap sakit tu ada ganjaran di sisi Allah. Apa pun, doakan yang baik baik untuk saya dan baby yang bakal lahir ni InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.