Isnin, 7 Julai 2014

Apa aku nak buat lepas diploma ?

السلام عليكم

Memandangkan semester ni semester akhir . Soalan ni selalu diajukan , kadang kadang aku sendiri ajukan soalan ni untuk diri sendiri . "Apa aku nak buat lepas ni ? " , mak kata pilih 3 , kerja , kahwin , belajar . Kerja ? Maybe , tapi nak kerja apa ? Kalau la ada orang nak bagi kerja jadi reviewer ke , seronok gak . Kahwin ? Takda calon . Belajar , yang ni macam yang terbaik kan , tapi tak minat sangat belajar , kalau boleh nak belajar luar negara , tapi syarat mak , kena kahwin dulu  . Tiba - tiba datang 1 ilham . Ingat nak masuk Tahfiz , nak menghafal . Ataupun nak ambik kursus bahasa , bahasa Jepun ke .

Kalau nak diikutkan , aku memang takda ape - ape plan untuk lepas ni . Plan aku adalah untuk wait and see , tengok orang lain ada plan , ada yang nak ambik diploma lagi sekali , tapi dalam bidang qiraat , ada yang nak ambik degree , ada yang nak kerja , aku blur . 

Kalau tanya apa yang aku minat , aku minat bahasa , so maybe aku boleh belajar bahasa . Aku minat tengok movie , shopping , makan , so mungkin boleh jadi reviewer . Tapi aku tak nampak cara untuk ke situ . 
So , apa conclusionnya ? Aku masih lagi dalam kekeliruan taktau nak buat apa . Moga Allah bagi yang terbaik untuk kita semua . InsyaAllah . Amin .

والله أعلم

1 ulasan:

  1. "Aku minat tengok movie , shopping , makan , so mungkin boleh jadi reviewer".

    Boleh try buat review sendiri kat blog, or apply kat magazine/website mane2 kalau ade peluang.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.