Memaparkan catatan dengan label Nasihat yang tak seberapa .. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat yang tak seberapa .. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

Hargai dan sayangi diri

السلام عليكم

Disebabkan saya ni adalah remaja yang berusia 19 tahun ,  dan berkawan pun dengan remaja seusia jugak , biasa la remaja tak dapat dielakkan dengan masaalah cinta . Cinta tu apa ? Entah , nama restoran kot , cuba tanya prof wikipedia .

Lately , orang suka mengadu kat saya masaalah cinta , saya tak kisah pun , kalau orang minta nasihat , saya bagi la nasihat . Benda paling common saya dengar adalah 'ditinggalkan' , yang lelaki ke yang perempuan ke , cerita kat saya mereka ditinggalkan oleh orang yang mereka 'cinta' . Kalau tanya saya apa patut dia buat bila pasangan dia tinggalkan dia , saya akan kata dalam hati " biar la dia nak pergi mana pun , kau move on je , kalau kau dah hebat nanti dia merangkak balik kat kau , kau buat tak kenal je " .

The truth is , saya ni jenis agak pendendam . Haha . Bukan nak bongkak , tapi saya pun pernah jugak ditinggalkan , I really don't care , sebab saya fikir "jangan nanti kau balik kat aku , kau kata tak jumpa orang yang faham masaalah kau macam aku faham dah la , waktu tu aku tak peduli dah kat kau" . Saya jenis orang yang tak suka tengok orang lain down , jadi , bila dorang down pasal masaalah ditinggalkan pasangan , saya akan kata "dia tak layak dengan kau , ramai lagi nak kat kau , please move on" .

Tapi jangan la selamanya fikir camni , sebab manusia boleh berubah kan , fikir camni adalah cara tak baik untuk mengelakkan rasa down tu . Kalau nak fikir cara baik adalah dengan yakin yang Allah tahu apa yang terbaik buat kita , ada hikmah Allah tetapkan semua ni . Tapi sebab remaja ni suka memberontak kan , kalau betul nak redha , redha dari awal , yakin yang Allah dah tetapkan ada pasangan untuk kita , tak perlu nak gatal gatal (yang tulis ni pun terasa jugak) .

Moral of the story is , tak perlu nak down dengan cinta cinta monyet tu semua . Ada cinta lebih agung yang patut kita raih . Dan kata kakak usrah saya " kalau dah jodoh , insyaAllah semua benda mudah " , kalau dia dah menyusah nyusahkan , say goodbye . Haha . Dan benda paling penting adalah untuk kita hargai dan sayangi diri sendiri , terutamanya perempuan , takkan kita nak lelaki rasa bangga sebab tengok kita ni batak sangat kat dia , tak kan ? Takkan kita nak dia buat kita macam patung , sampai belum nikah dah boleh pukul pukul , dah nikah pun tak boleh pukul tau tak (kalau jadi kat saya , memang lumat laki tu . Haha) . So just move on , chill ;)

والله أعلم

Selasa, 14 Mei 2013

Memahami & difahami

السلام عليكم

Semua orang nak difahami kan ? Tapi pernah tak kita terfikir kita ni memahami orang lain tak ? Kita selalu minta untuk orang lain faham kita , tapi ada kita cuba faham orang ? Ada kawan baik saya ni , bila terdengar cerita buruk pasal orang , dia selalu kata "aku takleh nak kate ape,sebab aku takde kat tempat dia" , tu semua untuk mengelakkan buruk sangka dengan orang lain .

Kadang kadang , orang lain buat sesuatu yang kita tak berkenan atau tak suka , tapi pernah tak kita cuba faham kenap dia buat macam tu ? Contoh la , kita nak pergi dating , pastu kawan kita masam muka / halang kita bila dapat tau , tiba tiba kita mengamuk tak pasal pasal . Ada tak kita fikir kenapa dia buat macam tu ? Mesti la sebab dia taknak kita terjebak dengan maksiat .

Topik ni boleh jugak dikaitkan dengan cemburu . Saya ni KUAT cemburu (dah caps lock dah tu , faham la kuat dia camna) . Sampaikan , kawan perempuan saya , yang rapat la , kalau dia keluar dengan orang lain , tak bagitau atau dia tinggalkan saya , mula la saya tarik muka , masam mencuka sepanjang hari . Memang fitrah (hahaha) . 

Tapi lama kelamaan , saya terfikir , takkan la dia nak berkepit dengan aku je , biar la , dia nak jugak berkawan dengan orang lain . Jadi , bila dia keluar dengan orang lain , saya duduk la sorang sorang , main game ke (konon sedih :P) . Dan , saya kalau marah / cemburu , saya akan cuba untuk tak bercakap , sebab kalau bercakap , habis semua tersembur nanti . Saya akan diam je . Sampai saya cool down . Sebab waktu marah , kita akan cakap tanpa berfikir .

Kalau kita marah tu orang yang rapat dengan kita , mungkin dia faham , kita takde mood , kalau orang yang tak rapat ? dia terasa hati , 1 hal pulak nak minta maaf . Cemburu pulak boleh jadi sesuatu yang merapatkan lagi hubungan tapi boleh jugak jadi yang merenggangkan lagi hubungan . Kalau cemburu sikit sikit dan merajuk pun sekejap je , that's okay . Tapi kalau macam saya dulu , setiap kali dia keluar dengan orang lain saya merajuk , merajuk pulak berminggu (ni tak la) , parah la , lama lama dia pun malas nak dekat dah , asek cemburu je .

Kita ni (saya la) , jangan terlampau cepat buruk sangka dengan orang , apa pun yang orang tu buat , kalau tak baik , kita nasihat supaya dia tinggalkan . Kalau baik , kita bagi semangat untuk dia teruskan . Setiap orang , ujian dia lain lain , mungkin orang yang kita buruk sangka kat dia tu lagi kuat iman dia , dan ujian dia lagi berat , mungkin sebab tu dia tersasar , tapi kalau selepas dia bertaubat , Allah nak muliakan dia lebih dari kita (bukan saya) yang sentiasa baik ni tak mustahil kan . Kita kena cuba memahami orang sebagaimana kita nak difahami . Dan , jangan berburuk sangka , penyakit hati tu ;)

والله أعلم

Jumaat, 3 Mei 2013

Fabulous Friday : Self - harming .

السلام عليكم

Daripada tajuk tu tau la yang saya ni nak menulis tentang self harm atau self injury atau dalam bahasa melayu dipanggil mencederakan diri sendiri .

Benda ni bukan lagi pelik dah kan sekarang ? Remaja seawal 14 tahun pun ada yang terlibat , saya bukan cakap bantai bantai je , saya pernah nampak sendiri .

Kenapa self harm ni berlaku ? Self harm ni sebenarnya adalah salah satu penyakit jiwa dan kebiasaannya si pelaku tidak ada niat untuk membunuh diri , dia nak lukakan diri je bukan bunuh diri . Pakar psikologi percaya bahawa mencederakan diri sendiri ni mempunyai kesan yang sama seperti kokain dan dadah yang lain kerana ia menimbulkan perasaan yang seronok .

Mesti timbul soalan tak sakit ke ? Orang yang mencederakan diri sendiri ni mungkin ada rasa sakit , tapi tak sama dengan sakit orang yang terluka secara tak sengaja . Mereka rasa sakit tu sikit , sebab perkara ni biasa dilakukan bila mereka menghadapi masalah dan tak dapat nak luahkan orang , contohnya perpecahan keluarga dan lain lain .

Self harming ni ada banyak bentuk , yang saya pernah tengok dulu , mereka toreh lengan guna jangka lukis . Tapi ada seorang , guna pisau , dia kata sebab dia guna pisau adalah kurang sakit dan luka lebih dalam berbanding jangka lukis , hal ini kerana pisau lebih tajam dari jangka lukis , lebih mudah kulit dikoyakkan .

Selain tu , ada jugak yang suka cederakan diri dengan patahkan tulang dia , ketuk guna hammer ke , atau cucuh badan dia dengan rokok dan macam macam lagi la cara . Yang saya pernah lihat cuma toreh dan juga tumbuk tumbuk dinding sampai lebam tangan . Tu je la .

Bila self harm ni dilakukan dan di mana ? Biasanya self harm ni dilakukan bila dia dalam keadaan stress dan dilakukan sendirian , dan dilakukan depan orang kerana nakkan perhatian orang . Biasanya luka luka ni dibuat di kawasan yang orang lain susah nak nampak , lengan , perut , peha dan lain lain .

Orang lain mungkin pandang perkara ni menyeramkan , tapi biar saya ceritakan pengalaman seseorang berkenaan self harm , sila ikuti wawancara di bawah (cehh , poyossss) .

S : Berapa lama dah mencederakan diri sendiri ? Dari umur berapa ?
J : Lebih kurang 5 tahun , dari tingkatan 2 .

S : Camne boleh terfikir nak buat camni ?
J : Mula mula tengok kawan buat , macam okay je , lepastu , bila stress try buat .

S : Tak sakit ke ?
J : Tipu la kalau kata tak sakit , cuma kepuasan tu lebih dari sakit , sakit tu sikit je , suka tengok darah keluar dari luka , lepas darah keluar , letak minyak cap kapak , tak pun toreh lagi atas luka tu , buat la apa apa untuk bagi pedih lagi , lagi pedih lagi puas .

S : Biasanya buat camne ?
J : Ambek pisau , tekan kat kulit , tutup mata , tarik je la .. Memang terbaik !

S : Kenapa buat camtu ?
J : Self harm buat saya rasa tenang , dapat lepaskan stress ..

S : Sekarang ni kerap lagi ke ?
J : Nope , sangat jarang .

S : Camna boleh kurangkan ?
J : Meluahkan kat orang bila ada masaalah , tak selalu duduk sorang sorang .

S : Ada tak teringin nak buat ?
J : Bila ada problem je .

S : Problem camne yang boleh menyebabkan self harm ?
J : Biasanya sebab kecewa dengan orang yang kita sayang , ataupun gaduh dengan orang yang rapat dengan kita , biasa la , bila sayang takkan nak marah , nak marah , nak tumbuk muka dia takleh , sayang kan .. Lepaskan je la kat diri sendiri . Ataupun bila ada masalah yang tak boleh cerita kat orang .

Cukup la wawancara dihentikan setakat tu . Harap harap kalau ada kawan yang camni , cara untuk bagi dia berhenti adalah jangan biarkan dia duduk sendiri , dan selalu la ambil berat pasal dia . Lama kelamaan habit ni akan berkurang dan hilang . Lagipun badan ni bukan kita punya , Allah yang punya , Allah bagi kita badan elok elok , takkan bila Allah ambil balik , kita nak bagi badan kita buruk , luka luka yang kita sengaja buat sendiri ?

Maaf sekiranya entry ni agak bosan , harap bermanfaat .

والله أعلم

Selasa, 23 April 2013

Pemergianmu .

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemergianmu ni tajuk nasyid dari kumpulan in-team kan ? Ni dia ..



Ada peristiwa tentang nasyid ni . Saya dan 2 orang kawan saya dari kolej yang sama dalam perjalanan nak ke Wangsa Walk , cari chatime :P , dalam kereta tu berkumandang la irama dari kaset , waktu tu tengah pasang kaset in-team , dan lagu yang berkumandang tu adalah lagu pemergianmu , suasana berubah jadi lain bila ada salah seorang dari kami berkata " kalau dengar lagu ni time ada masaalah , rasa sedih gila , rasa macam... kalaulah Rasulullah masih ada dengan kita sekarang.. " .

Mood dalam kereta berubah , dan tiba - tiba ada orang tukar lagu lain , takut nanti ada yang menangis tak berhenti pulak ..

Tapi betul kan ? Kalau Rasulullah ada dengan kita sekarang , sebarang pertelingkahan semua kita boleh rujuk Baginda , ajaran mana yang salah dan ajaran mana yang betul semua kita boleh tanya Baginda . Tak ada la kes sesat menyesatkan ni , dah kalau semua sesat , siapa yang betul ? 

Tapi Baginda tinggalkan kita 2 perkara yang mana jika kita berpegang dengannya kita tidak akan sesat , iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah .

اللهم صلي و سلم على محمد

و الله أعلم

Selasa, 26 Februari 2013

Hati & mulut .

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalu kita dengar orang kata "mulut kata lain , hati kata lain" , tapi memang betul la kan ? Mungkin hari ni kita geram dengan kawan baik kita , kita kata kita dah tak nak ambil tahu pasal dia , tapi seminggu kemudian kita rindu pula dekat dia (saya tengah lalui) , berhubung balik dan berbaik balik , gaduh lagi , macamtu jugak , itu la yang sering terjadi , tapi tu normal , sifat hati ni kan berbolak - balik . Kalau berbolak - balik dalam hal tu tak ada masalah , tapi kalau dalam bab iman dan aqidah , tu masaalah besar .

Kadang - kadang rasa waswas tu akan datang juga kan , bisikan syaitan mengganggu , sebab tu la kita kena sentiasa minta pertolongan dari Allah dan berdoa supaya ditetapkan hati dalam iman dan ketaatan , dan juga supaya hidup kita berakhir dengan husnu khatimah . Amin .

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bertaqwa . Amin . :)

Jumaat, 8 Februari 2013

Cita - cita ? kehendak ibu bapa ?

بسم الله الرحمن الرحيم

(Sampai 2 entry tulis hari ni , banyak sangat cerita)
Setiap orang pasti ada hala tuju masing masing dalam hidup ni kan ? Semua orang ada cita - cita , terdetik nak tulis pasal ni sebab baru je lepas borak dengan seorang kawan yang rapat pasal cita - cita ni .

Sorry to say , saya bukan seorang yang minat dengan apa yang saya buat sekarang , tapi , teringat saya pesan seorang ustaz " utamakan kepentingan dari minat " , dan belajar tu penting kan .. Minat saya ? TIDUR (melawak ja ..) 
Saya minat bahasa dan juga minat berjalan ataupun melancong . Saya sangat berminat dengan bahasa arab dan bahasa jepun , kalau boleh , nak belajar bahasa bahasa tu kat negara dia , tapi memandangkan keluarga tidak membenarkan saya keluar jauh jauh tanpa ditemani mahram lelaki , makanya , agak susah la untuk mencapai .

Ada seorang yang tanya , kenapa saya ikut apa yang family saya pilihkan ? Sebenarnya , tipu la saya tak menangis sebab saya tak dapat buat apa yang saya nak . Tapi , apa yang mak ayah saya pilih untuk saya , dan apa yang mak ayah saya tak benarkan pasti ada hikmah , sebab dari kecik mereka yang besarkan saya , dari waktu saya tak reti berkata kata mak saya faham kehendak saya .

Fikir pasal ni je boleh buat air mata mengalir , berapa banyak yang mak ayah saya dah korbankan untuk  saya ? Saya yakin ke yang saya akan pergi dulu sebelum mak ayah saya ? Semestinya tidak , sebab ajal tu tak mengira usia kan , memang ada kemungkinan saya akan pergi dulu . Jadi , apa salahnya kalau saya ikutkan apa yang mak ayah saya nak ? 

Pahala apa yang saya dah buat sepanjang hidup saya ? Apa je perkara yang saya pernah buat untuk gembirakan mak ayah saya ? Kalau fikir - fikir balik , macam tak ada . Saya tak sanggup la nak buat sesuatu perkara yang saya suka tapi dalam keadaan mak ayah saya tak redha .

Saya bukanlah anak yang baik , saya jenis kuat memberontak , tapi saya cuba untuk jadi anak yang baik , cuba untuk kurangkan sifat meberontak tu , cuba untuk dengar cakap .

Mungkin orang yang sedang membaca ni pun mengalami masalah yang sama , tersepit antara minat sendiri dan pilihan ibu bapa , pada saya , kalau mak ayah memang nak sangat sangat kita sambung dalam bidang tu , atau dekat tempat tu , ikutkan je , sebab apa yang mereka dah korbankan untuk kita , tak mungkin terbalas sehingga hujung nyawa kita , walau sepeti duit kita bagi kepada mereka , takkan dapat membalas segala jasa pengorbanan mereka .


Ni jawapan saya , untuk orang yang tanya kenapa saya tak ikut minat saya :)


No need to be stress , SMILE :D

Rabu, 6 Februari 2013

What you give you get back ..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingat dah taknak tulis blog sampai habis final exam , tapi terasa nak menulis juga , sampai ada kawan yang menyakat camni "enti jangan tulis kat blog pulak ana cakap camni" , amboi la .. Tapi apa yang tercatat dalam blog ni kebanyakannya adalah pengalaman peribadi , ataupun pengalaman orang lain yang diceritakan kepada saya .

Tajuk kali ni , what you give you get back (entah betul ke tak) , apa yg kita beri , itu kita akan dapat , kalau la kita ni jenis biadap dengan orang , jangan tanya kenapa kalau orang tak hormat kita , kalau kita jenis yang derhaka dengan orang tua , jangan tanya kenapa kalau anak kita abaikan kita atau derhaka dengan kita .

Dalam kehidupan seharian kita , kita pasti ada bergaul dengan makhluq Allah yang lain kan , tak kira la manusia ke , semut ke , kucing ke .. Cuba kita kaji balik kalau bukan dengan manusia , ada tak sifat ihsan kita ? Kalau dengan manusia , kita hormat tak ..

Kalau la kita terasa nak mengumpat atau nak mengaibkan orang , sebelum buka mulut , fikir dulu 'kalau orang buat camni dekat aku , aku suka tak ?' , kalau kita rasa jawapan dia tak , jangan la buat .

Lagi 1 , saya jenis yang berkawan dengan sesiapa je yang nak berkawan dengan saya , tapi , orang jarang dekat dengan saya , sebab nampak macam sombong , hakikatnya tak . Dalam kawan kawan saya , yang nakal ke , yang baik ke , dorang mesti ada masaalah masing masing , dan apa yang paling melemahkan adalah orang terlampau cepat menilai orang lain .

Kenapa kita tak boleh sangka  baik ? Puncanya hati la kan , hati ni kalau rosak , semua rosak . Sesama Muslim pun kita bersangka buruk , memang bertepuk tangan la yahudi dan nasrani melihat perpecah belahan ummat Islam , kalau sesuatu yang kita tak tahu , sepatutnya untuk buang buruk sangka , kita tanya sendiri kat tuan dia tentang kesahihan sesuatu perkara , tapi kita tak , kita tanya orang lain , dalam masa yang sama kita mengaibkan diri orang tu .

Andai kata la , orang tu tengah mujahadah nak berubah , tiba tiba dia dapat tau yang kita aibkan dia , dia jadi putus asa , sedih dan dia tak nak berusaha untuk berubah , tak ke kita ni serba salah ?

Fikir fikirkan la , think before act , think before speak , think before post , think before tweet :) , your words might harm others .

Yang menulis ni pun taklah baik , sebagai peringatan untuk diri sendiri juga ni . (Sorry , english tak perfect :P )

Ahad, 24 Jun 2012

Pengajaran dari kulit kuaci

Assalamualaikum..

Sambil saya menulis ni, saya makan kuaci, dan sebab kuaci ni la saya dapat idea untuk menulis :)
Siapa yang rajin makan kuaci mesti perasan, antara kuaci yang dah siap bukak kulit dgn kuaci yang belum bukak kulit, lagi sedap yang belum bukak kulit sebab kelazatan isi kuaci tu bertambah-tambah setelah penat membuka kulitnya (penat ke?)..

Pengajarannya, begitulah hidup, kita akan merasa kemanisan sesuatu perkara bila kita peroleh hasilnya setelah kita bertungkus-lumus, rasa puas hati, rasa berjaya, rasa macam tak sia-sia usaha selama ni, jadi, jangan mudah putus asa ye :)

Sekian

Rabu, 23 Mei 2012

TUTUP buku lama, BUKA buku baru :)

Assalamualaikum..
Lama jugak tak post kan?
Takde idea kot..
Nampak dah title tu kan? Nak lagi jelas,tengok gambar bawah ni :
"setiap anak adam itu melakukan kesalahan & sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat"

Setiap orang ada masa lalu, masa lalu kita ada yang manis, ada yang pahit, biasalah, kalau buah pun tak semuanya manis.
Lumrah hidup, kita akan melakukan kesalahan, terutamanya waktu zaman remaja, remaja kan memang pantang dicabar.
Ada masa, kita akan meratap menyesali apa yang kita dah lakukan, penyesalan memang bagus, tapi penyesalan perlu diikuti dengan perubahan.
Hidup ni kan tak selalu indah, bila menyesal, bersyukurlah sebab ada orang, bila dah buat salah, sikit pun takde rasa nak menyesal, na'uzubillah..
Dalam fasa perubahan, perkara yang biasa berlaku adalah ungkit-mengungkit, orang lain mesti nak mengungkit punyalah, sampai kita rasa "kalau aku dah buat benda ni,dah takde maaf buat aku lagi ke??"
That's why kita kena tutup buku lama, jangan bukak dah, tinggalkan terus, berubah ni 'THRILL' tau.. Lagi thrill dari naik roller coaster, sebab permulaan tu sangat mencabar, orang tak percayakan kita, orang benci kita, orang sebarkan aib kita, orang ungkit kesalahan kita, DLL...

Kesimpulannya, siapa yang dapat istiqamah dalam perubahan merupakan orang yang HEBAT , COOL..
Sabarlah dalam berjuang, nak berubah pun berjuang jugak tu.. Kita ni, tak dilahirkan dengan apa-apa pengetahuan kecuali menangis.

SEKIAN :D

Isnin, 12 Mac 2012

Anda HEBAT!!

"KENAPA BERAT SANGAT UJIAN AKU NI?? KENAPA AKU YANG KENA, MAKCIK RUMAH SEBELAH TU LAGI BANYAK DOSA, TAPI HIDUP DIA BAHAGIA JE,AKU PULAK,HIDUP SENGSARA..."

Pernah tak dialog sebegini berlegar di ruang minda pembaca?? Bagi yang pernah tu.. Penulis ada jawapan buat anda... Ujian anda SANGAT BERAT kerana anda HEBAT! Tak percaya, ini buktinya..

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA....." (AL-BAQARAH:286)

Kan?  Jadi,apa solusinya?

  1. Sabar...............
  2. Sabar.............................
  3. Sabar........................................
  4. Minta pertolongan Allah.
  5. Jangan putus asa.
  6. Sabar.....................................................