Isnin, 30 September 2013

Welcome again , mr. final

السلام عليكم

Fuh .. Fuh .. Tiup sikit , berdebu dah blog ni .. Ohok ohok ..

So , mr. final tu datang lagi , mr. final bukanlah boyfriend saya , dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang tengah nazak dan juga yang telah meninggalkan negeri bala ini . 

Bermulanya hari ini , bermulalah final exam untuk saya dan pelajar pelajar kolej Islam as-sofa , dah nak habis semester 4 dah saya eh ? Cepat masa berlalu , lebih setahun dah saya kat kolej walaupun masih terkinja kinja macam budak tadika dapat smarties . 

Dan bermulanya sem 5 , bermulalah perjalanan untuk praktikal pulak , walaupun saya pilih untuk mengajar , tapi saya tak tahu nak mengajar apa sebenarnya , saya pun belum cukup belajar lagi , main je banyak . Kalau ajar budak untuk bermain main , mungkin boleh .

Aip aip , kita rewind sikit , tadi nak cerita pasal final kan , haaa . Alhamdulillah , dengan bantuan Allah , setakat ni saya punya CGPA memuaskan , dan harap akan sentiasa meningkat , kalau harapkan usaha saya , memang tak CGPA macam tu , entah apa apa jadi nanti , tapi semuanya dengan kuasa Allah .

Dan ... hehehe .. Doakan saya dan kawan kawan supaya berjaya dalam exam kali ini , doakan saya dengan hidayah dan taufiq , kejayaan di akhirat dan di dunia . InsyaAllah , amin ..

Apa yang kita mahu ? KEJAYAAN :)

والله أعلم