السلام عليكم
Daripada tajuk tu tau la yang saya ni nak menulis tentang self harm atau self injury atau dalam bahasa melayu dipanggil mencederakan diri sendiri .
Benda ni bukan lagi pelik dah kan sekarang ? Remaja seawal 14 tahun pun ada yang terlibat , saya bukan cakap bantai bantai je , saya pernah nampak sendiri .
Kenapa self harm ni berlaku ? Self harm ni sebenarnya adalah salah satu penyakit jiwa dan kebiasaannya si pelaku tidak ada niat untuk membunuh diri , dia nak lukakan diri je bukan bunuh diri . Pakar psikologi percaya bahawa mencederakan diri sendiri ni mempunyai kesan yang sama seperti kokain dan dadah yang lain kerana ia menimbulkan perasaan yang seronok .
Mesti timbul soalan tak sakit ke ? Orang yang mencederakan diri sendiri ni mungkin ada rasa sakit , tapi tak sama dengan sakit orang yang terluka secara tak sengaja . Mereka rasa sakit tu sikit , sebab perkara ni biasa dilakukan bila mereka menghadapi masalah dan tak dapat nak luahkan orang , contohnya perpecahan keluarga dan lain lain .
Self harming ni ada banyak bentuk , yang saya pernah tengok dulu , mereka toreh lengan guna jangka lukis . Tapi ada seorang , guna pisau , dia kata sebab dia guna pisau adalah kurang sakit dan luka lebih dalam berbanding jangka lukis , hal ini kerana pisau lebih tajam dari jangka lukis , lebih mudah kulit dikoyakkan .
Selain tu , ada jugak yang suka cederakan diri dengan patahkan tulang dia , ketuk guna hammer ke , atau cucuh badan dia dengan rokok dan macam macam lagi la cara . Yang saya pernah lihat cuma toreh dan juga tumbuk tumbuk dinding sampai lebam tangan . Tu je la .
Bila self harm ni dilakukan dan di mana ? Biasanya self harm ni dilakukan bila dia dalam keadaan stress dan dilakukan sendirian , dan dilakukan depan orang kerana nakkan perhatian orang . Biasanya luka luka ni dibuat di kawasan yang orang lain susah nak nampak , lengan , perut , peha dan lain lain .
Orang lain mungkin pandang perkara ni menyeramkan , tapi biar saya ceritakan pengalaman seseorang berkenaan self harm , sila ikuti wawancara di bawah (cehh , poyossss) .
S : Berapa lama dah mencederakan diri sendiri ? Dari umur berapa ?
J : Lebih kurang 5 tahun , dari tingkatan 2 .
S : Camne boleh terfikir nak buat camni ?
J : Mula mula tengok kawan buat , macam okay je , lepastu , bila stress try buat .
S : Tak sakit ke ?
J : Tipu la kalau kata tak sakit , cuma kepuasan tu lebih dari sakit , sakit tu sikit je , suka tengok darah keluar dari luka , lepas darah keluar , letak minyak cap kapak , tak pun toreh lagi atas luka tu , buat la apa apa untuk bagi pedih lagi , lagi pedih lagi puas .
S : Biasanya buat camne ?
J : Ambek pisau , tekan kat kulit , tutup mata , tarik je la .. Memang terbaik !
S : Kenapa buat camtu ?
J : Self harm buat saya rasa tenang , dapat lepaskan stress ..
S : Sekarang ni kerap lagi ke ?
J : Nope , sangat jarang .
S : Camna boleh kurangkan ?
J : Meluahkan kat orang bila ada masaalah , tak selalu duduk sorang sorang .
S : Ada tak teringin nak buat ?
J : Bila ada problem je .
S : Problem camne yang boleh menyebabkan self harm ?
J : Biasanya sebab kecewa dengan orang yang kita sayang , ataupun gaduh dengan orang yang rapat dengan kita , biasa la , bila sayang takkan nak marah , nak marah , nak tumbuk muka dia takleh , sayang kan .. Lepaskan je la kat diri sendiri . Ataupun bila ada masalah yang tak boleh cerita kat orang .
Cukup la wawancara dihentikan setakat tu . Harap harap kalau ada kawan yang camni , cara untuk bagi dia berhenti adalah jangan biarkan dia duduk sendiri , dan selalu la ambil berat pasal dia . Lama kelamaan habit ni akan berkurang dan hilang . Lagipun badan ni bukan kita punya , Allah yang punya , Allah bagi kita badan elok elok , takkan bila Allah ambil balik , kita nak bagi badan kita buruk , luka luka yang kita sengaja buat sendiri ?
Maaf sekiranya entry ni agak bosan , harap bermanfaat .
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.