Isnin, 13 Mei 2013

Fobia .

السلام عليكم

Setelah tak kenyang melantak 2 paket maggi asam laksa . Akhirnya , saya rajin jugak nak menulis walaupun mata dah suruh tidur . 

Sebenarnya , dalam beberapa hari ni memang nak tulis pasal ni , tapi bila nak menulis , lupa pulak nak tulis pasal apa . Tengah masak air nak buat maggi baru teringat , sebab sebelum tu saya panggil mak sebab ada lipas kat dapur .

So .. Google list of phobias . Banyak la keluar . Tapi , yang saya suka yang pertama ni dan yang kedua ni , sebab senang nak cari sikit . Sikit je . Usaha tangga kejayaan .

Antara yang menarik perhatian saya ialah :

1)Katsaridaphobia- Fear of cockroaches. Sebab saya dan adik beradik , yang laki pun sama , tapi tak semua la . Taktau la kenapa , tapi bagi saya , lipas tu ada muka jahat , muka kejam , muka menyeramkan , entah la , takut la .

2)Ailurophobia- Fear of cats. Yang ni menarik perhatian saya sebab saya rasa pelik , kenapa takut kucing ? Kucing binatang comel . Tapi mak dah cakap kat saya "kau tu takut lipas , lipas lagi kecik dari kucing" , so , takleh saya nak sakat orang yang takut kucing dah.

3)Astraphobia or Astrapophobia- Fear of thunder and lightning.(Ceraunophobia, Keraunophobia) . Saya pun ada ni jugak , takut petir . Saya taktau macam mana boleh ada , tapi memang ada . Sekarang kan musim hujan , bila kilat , saya tutup tingkap , tapi , kalau saya tengah tutup tingkap , tetiba petir menyambar , saya akan lepaskan cepat cepat tingkap tu , takut woo .. Ada sekali tu saya borak dengan mak saya , saya pun kata la "orang tutup tingkap , petir , nanti petir masuk" , mak saya jawab "kau tutup pun petir boleh masuk" .

Walaupun apa yang saya cakap tu macam budak budak , tapi memang itulah sebab sebenar kenapa saya tutup tingkap , takut petir masuk rumah . Dan ada sekali tu , saya jalan kaki dari kolej sampai rumah , dalam lagi 15 minit nak sampai rumah , kilat menyambar nyambar . Time tu , rasa macam nak merangkak . Sebab sangat takut dengan kilat . Kronik ke ?

4) Thanatophobia or Thantophobia- Fear of death or dying . Saya rasa benda ni sejak saya form 4 , waktu tu kem apa entah , motivasi atau kepimpinan kot . Masa tu dia tayang video sumayyah kena seksa dan video kejadian manusia . Taktau kenapa , beberapa hari jugak la , saya terbayang bayang saya mati . Nak ingat balik pun buat bulu roma meremang . Saya yang tak suka menangis depan orang ni , apa lagi depan mak ayah saya , duduk kat ruang tamu , menangis je .

Saya pun taktau kenapa , sejak dari tu , saya tak tengok dah gambar atau video perang , orang kena seksa , rusuhan dan yang seangkatan dengannya , kalau tu  yang betul la , kalau cerita , saya takde apa , boleh je .

Itu jela cerita saya tentang fobia . 

Kepada pelajar Kolej Islam as-Sofa . Goodluck untuk exam kali ni ! ;)

والله أعلم

4 ulasan:

  1. "lipas tu ada muka jahat , muka kejam , muka menyeramkan"
    ~xbleh blah ! Haha

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.