السلام عليكم
Betul ke eja masaalah macam tu ? Ke masalah ? Ok , saya mintak maaf kat Ustazah yang ajar Bahasa Melayu dulu .
Maaf sebab sebelum ni saya privatekan blog saya . Ada masaalah sikit waktu tu . Dan dalam waktu saya tengah cool down (padahal sekejap je cool down , tak sampai sehari pun), saya privatekan blog . Takut nanti saya cerita masaalah saya kat blog , lagi timbul macam macam masaalah pulak . Ada masaalah , diam diam sudah .
Semua orang ada masaalah dalam hidup dia kan ? Tak kira la masaalah tu datang kat kita , atau kita cari masaalah , atau kita buat masaalah . Bila berlaku masaalah , apa yang kita cari ? Ya , penyelesaian . Saya terfikir nak tulis pasal masaalah ni sebab ada orang pernah kata yang saya ni macam tak ada masaalah je .
Sebenarnya , tipu la kalau tak ada masaalah , tapi mungkin saya buat tak tahu je rasanya . Dulu , saya jenis orang yang saya rasa diri saya ni la paling banyak buat masaalah dan dapat masaalah , rasa serabut je . Tapi sekarang , saya suka menghadap laptop , tengok cerita , tengok budak budak , saya leka , sampai tak ingat masaalah saya .
Saya akan berfikir pasal masaalah bila saya nak tidur . Sekarang saya jumpa ubat tidur saya , iaitu ayat ruqyah , bila saya nak tidur , saya akan pasang ayat ruqyah , tak lama lepas tu , lena la , selesai masaalah . Sengaja saya guna perkataan masaalah banyak banyak , sebab nama entri ni pun masaalah kan .
Untuk orang yang rasa diri dia banyak sangat masaalah , macam macam kena pikul , percaya la , ada orang yang lebih banyak masaalah dari anda . Sebenarnya tak kira berapa banyak masaalah kita tanggung , kita akan tenang kalau kita hadapi masaalah tu dengan cara yang betul , kembali kepada Allah , perbanyakkan zikir , fikir cara penyelasaian yang logik , jangan ikut perasaan . Tapi kalau kita hadapi masaalah tu dengan cerita kat 1 kampung tapi tak pernah nak cari penyelasaian atau kita kepoh je lebih , lagi banyak masaalah yang timbul nanti .
Sekian .
ini pun masaalah jugak , sebab saya taktau mana datang 37K ni . :P |
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.