Khamis, 28 Januari 2016

Mengandung (2nd trimester week 13-26)

السلام عليكم

Ok ni sambungan untuk yg sebelum ni, masa menulis ni saya baru masuk minggu ke 27, masa dalam tempoh ni, saya balik rumah mertua dengan suami, dekat 2 minggu jugak rasanya dekat Terengganu, masa ni tak muntah sangat dah, tapi kadang-kadang muntah jugak, nasi tak boleh makan lagi, tak lalu.

Ada 1 pagi ni sakit badan yg teramat, sampai menangis, mak mertua pun ajak pergi klinik, bila pergi klinik, rupanya kencing kotor, patut la sakit badan, masa ni pun doktor ada scan, masa tengah scan tu baby tunjuk skill main bola sepak, hehe. Seronok betul. Doktor tanya jugak dah buat buku pink belum, memang belum la kan, doktor pesan buat cepat, nanti memang kena bising.

Balik ke KL semula, 5/11/15 pergi ke Klinik Ibu dan Anak (KKIA) Kampung Pandan, untuk buka buku pink, masa ni pergi sorang je, suami datang kemudian, sebab nak cepat, orang kata pergi sana kena bawak bil elektrik la, surat nikah la, dah bawak semua tu, tapi dia tak mintak pun, dah jadi semak pulak fail tu. Kita baru nak bukak buku, memang blur la, mujur ada sorang kakak ni pun nak bukak buku jugak, jadi bukak la sama sama.

Lepas dah isi semua details, ni suruh pergi tandas untuk test kencing kotor, timbang berat, ukur tinggi, semua ni buat sendiri. Berat masa tu 49.7kg (tapi bawak beg sekali naik atas penimbang), total BMI 20.6, normal la kan. Patutnya cek darah, tapi tak cek pun, sebab dah lewat, dia suruh datang cek nanti. Masa ni pun doktor scan tunjuk perut baby, jantung, tulang kaki, walaupun tak nampak, iyekan jelah. hihi.

Masa bulan kelima dah kuat makan, makan nasi, makan macam macam, dah okay dah, masa ni pun dah mula kerja balik, setelah lama berehat, mujur kerja dengan ayah sendiri, kalau dengan orang lain, dah kena buang kot.

Dalam 2 minggu lepas checkup tu kena datang minum air gula dan ambik darah, kena minum air gula tu sebab dalam family ada yang kencing manis, so, malam sebelum tu kena puasa dari pukul 10, pagi esok tu, pergi la menunggu giliran untuk dicucuk, ada jugak baca pasal minum air gula ni dekat blog orang lain, orang kata macam teruk sangat, terbayang la macam mana rasa dia agaknya, tapi bila dah rasa sendiri, okay je, mungkin sebab saya memang suka benda manis kot, so takde la rasa teruk.

Lepas minum dia cucuk ambik darah, takut masa ni, takut sakit, tapi tak sakit pun. Lepas tu melangut kat situ 2 jam, dan pergi ambik darah lagi sekali, untuk bacaan lepas minum air gula, yg ni nurse lain ambik, sakit woo, macam nak tumbuk je dia, haha. Lepas tu balik.

Datang pulak 2 minggu kemudian untuk checkup, masa ni masalah timbul sebab buku tak jumpa, lepas minum gula haritu, nurse tak pulangkan balik buku, kita mana tau buku tu kena ambik balik, dia tak bagi, kita diam jela. So, rupanya buku yg saya dapat ni sama dgn buku utk klinik, sebab masa tu buku pesakit dah habis stok, jadi confuse sikit.

Masa checkup kali kedua ni, dia nak cucuk anti tetanus, tapi saya tak nak, sebab memang dari kecik tak divaksinkan, kecuali masa lahir, tu pun sebab doktor tak sengaja. Lepas tu dia cerita macam macam, dan dia suruh bincang semula dgn suami, checkup akan datang bagitau balik. Bila dah balik, tanya mak, mak kata cucuk jela. So, cucuk jelaaaa.

Masa nak cucuk tu ajak suami teman, punyalah takut bab cucuk ni kan, tapi kejap je sebenarnya, dan takde la sakit, banyak kali dah tertipu dengan blog orang lain, diorang kata sakit, tapi petang lepas cucuk tu, muka jadi gatal gatal, naik macam merah merah, maybe allergic reaction, memang takde la nak ambik dos kedua, ibu mengandung pertama kali kena ambik 2 dos.

Checkup kali keempat, buku hilang lagi, kali ni terus tak jumpa, entah kenapa la buku suka sangat hilang. Haih. Tapi dah hujung trimester dua, memang selalu sakit badan, sebelum tidur mesti minta tolong suami urutkan, tenaga memang dah ada balik tak macam masa mula mula dulu, jalan pun dah banyak dah, merata shopping complex diukurnya, sebab orang kata banyak berjalan senang nak beranak, jadi tu yang nak diamalkan.

Fuh, panjang membebel. Minggu ke 26, ada sekali waktu tengah kerja, suddenly rasa baby mengeras, sakit jugak, terus jalan slow slow, gosok gosok perut, tu baru sekali, dah dekat nanti lagi la banyak kali, moga dipermudahkan semua urusan nanti. Bab jantina, lepas scan masa minggu ke 15 tu, doktor takde scan lagi, jadi belum tau, tapi hati kuat mengatakan anak ni........rahsia! Haha. Jumpa lagi lepas bersalin nanti, InsyaAllah.