Khamis, 8 Ogos 2013

Hilang di Masjidil Haram

السلام عليكم

Alhamdulillah , dalam pukul 1 petang 7/8/13 , saya dan mak ayah saya selamat sampai ke tanah air . Umrah pada bulan puasa sangat la mencabar , nak dapat pahala besar bukan senang kan .

Dipendekkan cerita , kami tiba di Madinah pada 27/7/13 , dalam pukul 1 pagi , bertolak pulak ke Makkah pada 29/7/13 sebelum zohor dan sampai selepas asar . Setibanya kami di Makkah , nak buat umrah cepat cepat , boleh buka ihram , selesai solat zohor , terus kami menuju ke Masjidil Haram untuk tawaf umrah .

Ramainya orang takyah cakap la kan , dengan orang yang berhenti tengah tengah jalan sebab ada orang sedekah kurma , kena banyak bersabar , tengah tawaf , azan maghrib berkumandang . Maka berhenti minum air zam zam dan sambung tawaf , waktu selesai pusingan ke - 8 (was was sebab tercari cari mak punye hal , tambah lagi 1) saya terpisah dengan mak saya , dan waktu tu la iqamat .

Mak saya taktau terhimpit kat mana , saya jalan depan sikit lagi dari lampu hijau sebelum keluar tawaf , tapi depan tu dah penuh laki buat saf untuk solat . Dengan 2 perkataan iaitu law samaht (excuse me) saya mencelah jugak la . Tapi fikir punye fikir , tengok saf laki ni sampai belakang , kalau mencelah sampai bila tak sudah . Saya jalan terus , dan Alhamdulillah terjumpa saf perempuan , mencelah kat situ dan solat maghrib bersama imam .

Selesai sahaja solat , tak tau kat mana mak saya solat , tapi janji jumpa kat lampu hijau , time tu la cleaner datang nak membersihkan , saya cabut naik atas , ikut orang je . Dah ikut orang , sampai kat tempat sa'ie tingkat 2 , tengok mcm sama je dengan tingkat 1 , tapi tengok tak ada bukit , so cari pulak jalan keluar nak pergi tingkat 1 , sampai kat tempat sa'ie tingkat 1 , dah tau dah nak pergi mana (sebab dulu dah pernah pergi sekali , ingat lagi jalan tu ) , jalan la terus pergi ke kaabah , nak pergi kat lampu hijau balik .

Sampai je kat lampu hijau , jumpa jugak mak dengan muka risau . Mak kata abah dah ajak pergi tempat sa'ie tadi , tapi mak tak sedap hati , suruh tunggu dulu , kalau tak , tak jumpa la kau . Kalau tak pernah pergi , taktau jalan , mungkin panic jugak la kalau sesat , tapi Alhamdulillah ingat lagi jalan . Maka mak saya jumpa balik anaknya yang hilang .

HAPPY ENDING :P