Khamis, 3 Januari 2013

Tonsilisitis & tonsilektomi (Amaran : tidak disarankan bagi mereka yang lemah jantung)

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tak ada entry baru , akhirnya keluar juga idea untuk menulis . Entry kali ni nampak macam gempak . Jom saya kenalkan anda dengan tonsillisitis .

Mula-mula kita kenal dengan tonsil dulu . Tonsil ni adalah kelenjar yang berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan . Tonsillisitis pulak adalah radang pada kelenjar tonsil tu . Tonsilektomi pulak adalah operasi pembuangan tonsil akibat radang yang berlaku .

Saya sendiri mempunyai tonsillisitis yg kerap , dari Disember 2011 hingga November 2012 hampir setiap bulan saya menghidap demam disebabkan radang tonsil ni . Selepas beberapa kali tonsil ni membengkak dah macam tak reti nak kecut dah , dia memang bengkak je , tinggal bengkak biasa atau bengkak sangat je beza dia .

Gambar diambil pada 20.12.12
Atas nasihat doktor , saya dengan rela hati memilih untuk melalui tonsilektomi (mana tak , sapa tahan demam setiap bulan ) .

Pada 26.12.12 saya dimasukkan ke Hospital Ampang , Wad 5C . First time masuk hospital , seram takyah cerita .

Keesokan harinya , 27.12.12 saya disiapkan untuk menjalani tonsilektomi . Mula dari 12 tengah malam , saya disuruh berpuasa , dalam pukul 10 pagi (kot) saya diminta bersiap untuk pergi ke bilik pembedahan . Operasi tonsilektomi dijalankan dalam keadaan bius penuh , jadi , doktor tu suntik bius (pedih sikit) , masuk bilik , dia suruh tarik nafas sambil dia tekup dengan topeng oksigen tu , lepastu saya dah tak sedar , pengsan .

Tak tahu berapa lama pembedahan berlaku , tapi sewaktu saya sedar , rasa haus yang teramat sangat (minta air tak dapat2) . Setelah kembali ke wad kesan bius masih belum hilang , jadi , memang berat nak angkat badan , nampak pun blur lagi .

Pada mulanya , saya mengalami muntah-muntah (muntah darah pertama sekali) , kemudian , sakit tekak (biasa la tu) , dan terdapat sedikit luka dan ulser di bibir , gusi dan lidah (lidah kebas). Penjagaan selepas pembedahan sangat penting untuk mengelakkan pendarahan , saya diberi cuti selama seminggu untuk mengelakkan saya dari hubungan luar supaya tidak dijangkiti kuman .

Hari ini , 3.1.13 , lebih kurang 8 hari selepas pembedahan . Tapi sakit masih ada (kalau menelan , sakit tekak sampai telinga , doakan saya cepat sembuh) . Ada sikit gambar untuk cuci mata . 

28.12.12 (DAY 2)

29.12.12 (DAY 3)

30.12.12 (DAY 4)

31.12.12 (DAY 5)

1.1.13 (DAY 6)

2.1.13 (DAY 7)



10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Seram lagi org yg kena operate ni..

      Padam
    2. Saya baru shj mjalani pbedahan tonsil. Sejujurnya dua hari pertama memang tidak terasa sgt sakitnya. Namun pd hari ke3 sakitnya mulai terasa. Sya tidak tidur. Terlalu berbisa hingga kepala pun sakit. Aap yg penting ialah mengambil 'painkiller' utk mnahjan sakit. HaRi ini masuk hari kelima masih sakit tetapi saya dah bersedia dgn painkiller yg sesuai.mmg sakit.

      Padam
  2. berapa kos pembedahan tonsilitis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masuk hospital kerajaan , bawah RM100 , dalam RM70 tak silap .

      Padam
  3. salam memng sakit n terseksa selpas masuk hari 3 dan seterusnya harini hari 8 buang tonsil..tetiba malam lidah n nak menelan bukan main sakit lidah rasa bengkak semacam kat dlm...sakit bukan main..amik painkilleryg dibekalkan dri doktor..nak berckp pon sakit ....esok ad checkup harap xdee apa2 ...

    BalasPadam
  4. anak sy berumur 5 thn ada tonsil slalu demam. doc saran kena buang.sy nk tahu kos bedah di hosp kerajaan di berikan kos subsidi pembedahan tu hanya di beri kepada kakitgn keraj atau orang awam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada surat doktor yang diberikan , jika surat dari klinik swasta , harga lebih mahal berbanding dengan menggunakan surat dari klinik kerajaan . Dlm masaalah saya , saya menggunakan surat dari klinik kerajaan dan ayah saya bukanlah kakitangan kerajaan .

      Padam
  5. saya baru je buat pmbdahan tonsil 13feb haritu . harini hari ke5 , tapi masih juga sakit dan tak dapat makan

    BalasPadam
  6. Semoga cepat sembuh , insya Allah ..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.