Selasa, 14 Mei 2013

Memahami & difahami

السلام عليكم

Semua orang nak difahami kan ? Tapi pernah tak kita terfikir kita ni memahami orang lain tak ? Kita selalu minta untuk orang lain faham kita , tapi ada kita cuba faham orang ? Ada kawan baik saya ni , bila terdengar cerita buruk pasal orang , dia selalu kata "aku takleh nak kate ape,sebab aku takde kat tempat dia" , tu semua untuk mengelakkan buruk sangka dengan orang lain .

Kadang kadang , orang lain buat sesuatu yang kita tak berkenan atau tak suka , tapi pernah tak kita cuba faham kenap dia buat macam tu ? Contoh la , kita nak pergi dating , pastu kawan kita masam muka / halang kita bila dapat tau , tiba tiba kita mengamuk tak pasal pasal . Ada tak kita fikir kenapa dia buat macam tu ? Mesti la sebab dia taknak kita terjebak dengan maksiat .

Topik ni boleh jugak dikaitkan dengan cemburu . Saya ni KUAT cemburu (dah caps lock dah tu , faham la kuat dia camna) . Sampaikan , kawan perempuan saya , yang rapat la , kalau dia keluar dengan orang lain , tak bagitau atau dia tinggalkan saya , mula la saya tarik muka , masam mencuka sepanjang hari . Memang fitrah (hahaha) . 

Tapi lama kelamaan , saya terfikir , takkan la dia nak berkepit dengan aku je , biar la , dia nak jugak berkawan dengan orang lain . Jadi , bila dia keluar dengan orang lain , saya duduk la sorang sorang , main game ke (konon sedih :P) . Dan , saya kalau marah / cemburu , saya akan cuba untuk tak bercakap , sebab kalau bercakap , habis semua tersembur nanti . Saya akan diam je . Sampai saya cool down . Sebab waktu marah , kita akan cakap tanpa berfikir .

Kalau kita marah tu orang yang rapat dengan kita , mungkin dia faham , kita takde mood , kalau orang yang tak rapat ? dia terasa hati , 1 hal pulak nak minta maaf . Cemburu pulak boleh jadi sesuatu yang merapatkan lagi hubungan tapi boleh jugak jadi yang merenggangkan lagi hubungan . Kalau cemburu sikit sikit dan merajuk pun sekejap je , that's okay . Tapi kalau macam saya dulu , setiap kali dia keluar dengan orang lain saya merajuk , merajuk pulak berminggu (ni tak la) , parah la , lama lama dia pun malas nak dekat dah , asek cemburu je .

Kita ni (saya la) , jangan terlampau cepat buruk sangka dengan orang , apa pun yang orang tu buat , kalau tak baik , kita nasihat supaya dia tinggalkan . Kalau baik , kita bagi semangat untuk dia teruskan . Setiap orang , ujian dia lain lain , mungkin orang yang kita buruk sangka kat dia tu lagi kuat iman dia , dan ujian dia lagi berat , mungkin sebab tu dia tersasar , tapi kalau selepas dia bertaubat , Allah nak muliakan dia lebih dari kita (bukan saya) yang sentiasa baik ni tak mustahil kan . Kita kena cuba memahami orang sebagaimana kita nak difahami . Dan , jangan berburuk sangka , penyakit hati tu ;)

والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.