Isnin, 27 Mei 2013

Hargai dan sayangi diri

السلام عليكم

Disebabkan saya ni adalah remaja yang berusia 19 tahun ,  dan berkawan pun dengan remaja seusia jugak , biasa la remaja tak dapat dielakkan dengan masaalah cinta . Cinta tu apa ? Entah , nama restoran kot , cuba tanya prof wikipedia .

Lately , orang suka mengadu kat saya masaalah cinta , saya tak kisah pun , kalau orang minta nasihat , saya bagi la nasihat . Benda paling common saya dengar adalah 'ditinggalkan' , yang lelaki ke yang perempuan ke , cerita kat saya mereka ditinggalkan oleh orang yang mereka 'cinta' . Kalau tanya saya apa patut dia buat bila pasangan dia tinggalkan dia , saya akan kata dalam hati " biar la dia nak pergi mana pun , kau move on je , kalau kau dah hebat nanti dia merangkak balik kat kau , kau buat tak kenal je " .

The truth is , saya ni jenis agak pendendam . Haha . Bukan nak bongkak , tapi saya pun pernah jugak ditinggalkan , I really don't care , sebab saya fikir "jangan nanti kau balik kat aku , kau kata tak jumpa orang yang faham masaalah kau macam aku faham dah la , waktu tu aku tak peduli dah kat kau" . Saya jenis orang yang tak suka tengok orang lain down , jadi , bila dorang down pasal masaalah ditinggalkan pasangan , saya akan kata "dia tak layak dengan kau , ramai lagi nak kat kau , please move on" .

Tapi jangan la selamanya fikir camni , sebab manusia boleh berubah kan , fikir camni adalah cara tak baik untuk mengelakkan rasa down tu . Kalau nak fikir cara baik adalah dengan yakin yang Allah tahu apa yang terbaik buat kita , ada hikmah Allah tetapkan semua ni . Tapi sebab remaja ni suka memberontak kan , kalau betul nak redha , redha dari awal , yakin yang Allah dah tetapkan ada pasangan untuk kita , tak perlu nak gatal gatal (yang tulis ni pun terasa jugak) .

Moral of the story is , tak perlu nak down dengan cinta cinta monyet tu semua . Ada cinta lebih agung yang patut kita raih . Dan kata kakak usrah saya " kalau dah jodoh , insyaAllah semua benda mudah " , kalau dia dah menyusah nyusahkan , say goodbye . Haha . Dan benda paling penting adalah untuk kita hargai dan sayangi diri sendiri , terutamanya perempuan , takkan kita nak lelaki rasa bangga sebab tengok kita ni batak sangat kat dia , tak kan ? Takkan kita nak dia buat kita macam patung , sampai belum nikah dah boleh pukul pukul , dah nikah pun tak boleh pukul tau tak (kalau jadi kat saya , memang lumat laki tu . Haha) . So just move on , chill ;)

والله أعلم

2 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.