Rabu, 23 Mei 2012

TUTUP buku lama, BUKA buku baru :)

Assalamualaikum..
Lama jugak tak post kan?
Takde idea kot..
Nampak dah title tu kan? Nak lagi jelas,tengok gambar bawah ni :
"setiap anak adam itu melakukan kesalahan & sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat"

Setiap orang ada masa lalu, masa lalu kita ada yang manis, ada yang pahit, biasalah, kalau buah pun tak semuanya manis.
Lumrah hidup, kita akan melakukan kesalahan, terutamanya waktu zaman remaja, remaja kan memang pantang dicabar.
Ada masa, kita akan meratap menyesali apa yang kita dah lakukan, penyesalan memang bagus, tapi penyesalan perlu diikuti dengan perubahan.
Hidup ni kan tak selalu indah, bila menyesal, bersyukurlah sebab ada orang, bila dah buat salah, sikit pun takde rasa nak menyesal, na'uzubillah..
Dalam fasa perubahan, perkara yang biasa berlaku adalah ungkit-mengungkit, orang lain mesti nak mengungkit punyalah, sampai kita rasa "kalau aku dah buat benda ni,dah takde maaf buat aku lagi ke??"
That's why kita kena tutup buku lama, jangan bukak dah, tinggalkan terus, berubah ni 'THRILL' tau.. Lagi thrill dari naik roller coaster, sebab permulaan tu sangat mencabar, orang tak percayakan kita, orang benci kita, orang sebarkan aib kita, orang ungkit kesalahan kita, DLL...

Kesimpulannya, siapa yang dapat istiqamah dalam perubahan merupakan orang yang HEBAT , COOL..
Sabarlah dalam berjuang, nak berubah pun berjuang jugak tu.. Kita ni, tak dilahirkan dengan apa-apa pengetahuan kecuali menangis.

SEKIAN :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.