Selasa, 23 April 2013

Pemergianmu .

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemergianmu ni tajuk nasyid dari kumpulan in-team kan ? Ni dia ..



Ada peristiwa tentang nasyid ni . Saya dan 2 orang kawan saya dari kolej yang sama dalam perjalanan nak ke Wangsa Walk , cari chatime :P , dalam kereta tu berkumandang la irama dari kaset , waktu tu tengah pasang kaset in-team , dan lagu yang berkumandang tu adalah lagu pemergianmu , suasana berubah jadi lain bila ada salah seorang dari kami berkata " kalau dengar lagu ni time ada masaalah , rasa sedih gila , rasa macam... kalaulah Rasulullah masih ada dengan kita sekarang.. " .

Mood dalam kereta berubah , dan tiba - tiba ada orang tukar lagu lain , takut nanti ada yang menangis tak berhenti pulak ..

Tapi betul kan ? Kalau Rasulullah ada dengan kita sekarang , sebarang pertelingkahan semua kita boleh rujuk Baginda , ajaran mana yang salah dan ajaran mana yang betul semua kita boleh tanya Baginda . Tak ada la kes sesat menyesatkan ni , dah kalau semua sesat , siapa yang betul ? 

Tapi Baginda tinggalkan kita 2 perkara yang mana jika kita berpegang dengannya kita tidak akan sesat , iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah .

اللهم صلي و سلم على محمد

و الله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.