السلام عليكم
Ais adalah air yang telah berubah bentuk molekulnya menjadi lebih padat melalui proses pembekuan (ceh , konon saintis) .
Okay , saya memang suka makan ais , rasa macam tiap tiap hari makan ais , walaupun saya cuba untuk elakkan minum air sejuk lepas makan (nak jaga badan la konon) , tapi tetap tak dapat , kerana ais itu sangat menggoda . Saya rasa sebenarnya bukan saya sorang je ada tabiat ni .
Apa faedah makan ais ? Kalau yang betul saya taktau la , tapi dari apa yang orang kata , budak budak yang makan ais ni biasanya lebih bijak (ehemm..) , sebab dia punya deria selalu diaktifkan dengan rasa sejuk yang datang dari ais . Ustaz saya pun pernah kata , budak yang makan benda keras keras dan liat ni biasanya ingatan kuat . Sebab apa ? Entah la .
Penting ke ais dalam hidup saya ? SANGAT penting , sebab saya boleh kena urinary tract infection (jangkitan saluran kencing) kalau takde ais , sebab kurang minum air . Lagipun since kecik lagi saya memang makan batu , dah besar makan ais pulak .
TAPI ... sebenanrnya makan ais ni merosakkan gigi , sebab dulu saya suka kunyah ais , akibatnya , gigi tu punya filling (dulu pernah tampal) habis pecah , gigi tu pun jadi rapuh . Bila tampal balik , makan ais lagi , filling dia pecah lagi , membazir berpuluh puluh ringgit , lani tak tampal dah , tapi kadang kadang tengah makan melalak la sebab sakit .
Dikatakan mereka yang makan batu atau makan ais ade penyakit , penyakit ni dipanggil pica . Selain itu , kekurangan zat besi atau anemia pun merupakan salah 1 sebab (saya memang ade anemia) .
Well , ni semua kajian yang saya peroleh dari Dr. Google , jadi , janganlah percaya bulat bulat ye .
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.