Jumaat, 8 Februari 2013

Cita - cita ? kehendak ibu bapa ?

بسم الله الرحمن الرحيم

(Sampai 2 entry tulis hari ni , banyak sangat cerita)
Setiap orang pasti ada hala tuju masing masing dalam hidup ni kan ? Semua orang ada cita - cita , terdetik nak tulis pasal ni sebab baru je lepas borak dengan seorang kawan yang rapat pasal cita - cita ni .

Sorry to say , saya bukan seorang yang minat dengan apa yang saya buat sekarang , tapi , teringat saya pesan seorang ustaz " utamakan kepentingan dari minat " , dan belajar tu penting kan .. Minat saya ? TIDUR (melawak ja ..) 
Saya minat bahasa dan juga minat berjalan ataupun melancong . Saya sangat berminat dengan bahasa arab dan bahasa jepun , kalau boleh , nak belajar bahasa bahasa tu kat negara dia , tapi memandangkan keluarga tidak membenarkan saya keluar jauh jauh tanpa ditemani mahram lelaki , makanya , agak susah la untuk mencapai .

Ada seorang yang tanya , kenapa saya ikut apa yang family saya pilihkan ? Sebenarnya , tipu la saya tak menangis sebab saya tak dapat buat apa yang saya nak . Tapi , apa yang mak ayah saya pilih untuk saya , dan apa yang mak ayah saya tak benarkan pasti ada hikmah , sebab dari kecik mereka yang besarkan saya , dari waktu saya tak reti berkata kata mak saya faham kehendak saya .

Fikir pasal ni je boleh buat air mata mengalir , berapa banyak yang mak ayah saya dah korbankan untuk  saya ? Saya yakin ke yang saya akan pergi dulu sebelum mak ayah saya ? Semestinya tidak , sebab ajal tu tak mengira usia kan , memang ada kemungkinan saya akan pergi dulu . Jadi , apa salahnya kalau saya ikutkan apa yang mak ayah saya nak ? 

Pahala apa yang saya dah buat sepanjang hidup saya ? Apa je perkara yang saya pernah buat untuk gembirakan mak ayah saya ? Kalau fikir - fikir balik , macam tak ada . Saya tak sanggup la nak buat sesuatu perkara yang saya suka tapi dalam keadaan mak ayah saya tak redha .

Saya bukanlah anak yang baik , saya jenis kuat memberontak , tapi saya cuba untuk jadi anak yang baik , cuba untuk kurangkan sifat meberontak tu , cuba untuk dengar cakap .

Mungkin orang yang sedang membaca ni pun mengalami masalah yang sama , tersepit antara minat sendiri dan pilihan ibu bapa , pada saya , kalau mak ayah memang nak sangat sangat kita sambung dalam bidang tu , atau dekat tempat tu , ikutkan je , sebab apa yang mereka dah korbankan untuk kita , tak mungkin terbalas sehingga hujung nyawa kita , walau sepeti duit kita bagi kepada mereka , takkan dapat membalas segala jasa pengorbanan mereka .


Ni jawapan saya , untuk orang yang tanya kenapa saya tak ikut minat saya :)


No need to be stress , SMILE :D

4 ulasan:

  1. jgn risau, lepas awak da berjaya dgn apa yang mak ayah awak tentukan..awak bole amek apa yang awak minat pastu dan smbil2 awak amek kos tu juga,awak bole belajar bhs jepang,dan pergi melancong.:) gambate dijah! -kak yam

    BalasPadam
  2. allahu... saya tidak mempunyai masalah dlm bab ini..ttp..shabat saya... ibunya myrankan agar dia smbung pegajian di mesir ttpi dia kurg berminat.. alhamdulillah ...artikel ukhti meringankan dan sedikit sebnyak mmbntunya merungkai gejolak fikiran dan perasaan..syukran ukhti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afwan , semoga sahabat awak dilapangkan dada untuk membuat pilihan yang terbaik ..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.