Selasa, 26 Februari 2013

Bila orang tak reti masak masuk dapur .

السلام عليكم 

Percaya tak ? Orang tak reti masak buat pavlova . Keh keh keh . Saya memang tak reti masak tapi mungkin bakat tu ada kot (terperasan jap) . Disebabkan saya tak kerja hari ni (konon nak p dentist , tapi bila call , appoinment esok ) maka saya cari la kerja , mula - mula mintak mak buatkan tapi saya pulak yang kena buat sendiri , haih .

Cari resepi di sini , tulis dan pergi dapur . Tapi banyak yang saya alter , whipping cream tak ada , jadi saya buat icing , icing tu pun , saya guna macam - macam , sebab rasa pelik (hahaha) . Siap hiris kulit lemon letak dalam icing tu lagi , disebabkan banyak lemon dan limau nipis dalam peti ais ,  jdi , guna jela . Selalunya saya minum air lemon dan limau nipis untuk buang lemak , tu yang banyak .

Antara insiden yang berlaku di dapur ketika proses membuat pavlova ni adalah peperangan dengan lipas (ada la dalam 15 minit kot) , saya memang tak suka lipas , sudahnya menjerit - jerit panggil mak turun untuk selesaikan lipas tu . Dah selesai , sambung buat pavlova balik .

Sambil sambil tunggu pavlova tu dibakar dalam oven , saya pun makan nasi , tengok running man , macam macam lagi la .

Tapi malangnya luar dia je macam masak , dalam macam kurang masak , jadi , saya biarkan lama lagi dalam oven , tapi macam sama je . Dah fed up sangat , keluarkan and makan je la , alah .. macam telur separuh masak je .

Overall , it is edible la , hahaha . Kalau suruh saya rate , saya bagi 3 per 5 kot .

Takpe la , nanti kali kedua buat dengan whipping cream apa semua , kali ni terasa macam nak makan , tu yang buat je .

Sekian :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.