Ahad, 9 Jun 2013

Cerita cuti - cuti part 1 .

السلام عليكم
Wahhh .. Lama tak menulis .. Terima kasih kerana berkunjung lagi ke blog ni :)
 Cuti kali ni memang cuti betul . Rancangan untuk kurus , cari duit , mengemas dan sebagainya ..
Memang semuanya fail . So , apa saya buat cuti 3 minggu ni ? Makan , tidur , hadap latop , 2kg naik ok , 2kg , mana nak cari 3 minggu naik 2kg ..? Hahaha ..
Tak ada apa yang menarik sangat cuti ni , balik balik merayau bukit bintang .

Minggu kedua menarik , sebab pergi bercuti dengan keluarga (bukan semua pun , mak , abah , saya dan adik saya je) .

Pada hari Isnin selepas zohor kami bertolak ke Sungai Kelah , Perak . Destinasi kami adalah Felda Residence , Sungkai , Perak . Dari KL ke sana takde la lama sangat , dalam 2 jam mungkin , saya tidur , so , tak perasan sangat . Kami menginap di sana 3 hari 2 malam .

Hari pertama . 
Sampai pun dekat asar , pergi cari masjid je untuk solat asar dan cari makan and jalan keliling kawasan hotel tu .
Awan ketika dalam perjalanan
Excited nampak benda alah ni
Makhluk ni menyambut kedatangan , geli ok ..
Haiwan femes di kedai makan :D
Cafe
Kolam air gunung





Hari kedua .
Disebabkan dapat breakfast untuk 2 orang , saya pergi la breakfast dengan ayah saya . Then p hot spring , tag untuk masuk hot spring pun dia bagi 2 je , tapi dia tak jaga sangat , bile takde orang jage , boleh je masuk berempat :P

Heading to hot spring
Padang bola .
Panas air ni .. Tapi panas sikit je la ..
Terbaik XD
Tapi tak dapat rebus pun , orang jual telur takde pun :( tak boleh bawak telur sendiri .
Sunshine
Yang ni tak panas
Ni panas , berasap .


Pagi tu pergi rendam dalam air panas je . Petang tu pergi lagi , teringin nak berenang kat kolam air gunung tu , adik saya taknak , jadi saya masuk dengan ayah saya , saya memang pantang jumpa kolam .. Pagi tak dapat masuk sebab tak bukak lagi , petang melepaskan gian . Hahaa ~

Bilik hotel sejuk , budak ni tengah tengok kartun dgn muka serious .

Hari ketiga.
Hari untuk checkout , so , breakfast pagi tu mak pergi dengan abah , saya tidur . Then jalan jalan and berendam dalam air panas . Lepastu , kemas kemas and balik .

Kucing yang sopan . Anyyeong ~