Isnin, 18 November 2013

Praktikal oh praktikal ..

السلام عليكم

Masuk sem 5 , bermulalah praktikal . Bermula la juga jadual kehidupan yang baru . 1 November 2013 . Saya memulakan tugas di Madrasah Tahfiz Al-quran Syazwan (MTAQS) sebagai seorang 'ustazah' . 

Pagi mengajar budak tadika , petang ajar hafizah . At first , budak tadika macam takut - takut sikit dengan saya . Budak hafizah pulak rasa ' pendiamnya ustazah ni ' ..

Waktu saya sambung menulis entri ini , saya berada di asrama MTAQS , memang tak duduk asrama pun sebenarnya . Tapi terpaksa :P , untuk kem cuti sekolah selama 2 minggu terpaksa berkampung di asrama , tapi balik jugak setiap 2 hari , sebab malas nak basuh baju sendiri .

Sepanjang di sini , saya tak ada sebarang masalah dengan ustazah - ustazah atau pelajar - pelajar . Tapi tekanan dirasai bila ditanya soal hukum hakam . Tak berani nak bagi hukum hakam ikut sesuka hati , so , tertekan la jugak .

Pelajar hafizah dekat sini , cuma 3 orang , jadi jurang guru - pelajar tu tak ada la sangat , rehat , makan sama dengan dorang , memang sengaja buat macamtu , supaya dorang ada rasa hormat dengan guru , bukan rasa takut . Tapi pelajar tadika ada berbelas orang , dan disebabkan budak kecik , terpakasa la garang sikit , tapi malangnya dorang tak takut sangat , saya pulak yang takut nak marah dorang lebih - lebih , takut nanti dorang nangis .

Lagipun , saya memang suka budak budak , tapi kalau nakal sangat tu dari suka pun boleh jadi geram . Heee ..

Dah taktau nak merepek apa dah , entri ni pun disebabkan dah lama tak update blog .

Jumpa lagi ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.