السلام عليكم
Pejam celik , dah setahun berlalu . Esok dah 20 dah umur , lepas ni umur puluh je takde belas belas da . Dan untuk 2014 , harapnya , adalah perubahan yang akan berlaku .
Nak kata azam , bukanlah azam sangat pun , azam ni sebenanrnya hari hari pun kena ada azam , bukan awal tahun je , hehe . Kalau bukan azam , ape eh ? Mungkin benda yang saya cuba untuk lakukan dalam 2014 . Jadi , saya akan senaraikan 5 je . Tapi tak semestinya semua ni terjadi eh , ni rancangan je , jangan pulak lepas ni ada yang tanya , berapa ribu da menyimpan . Sekali lagi saya ulang , ini hanya rancangan .
- Mengulang Al-Quran . Entah kenapa sejak dua menjak ni terfikir rasa nak hafal sampai khatam , takpekah , kalau ada rezeki mungkin lepas habis diploma .
- Buat jadual , dan cuba untuk ikut . Saya memang seorang yang tak suka berjadual , kalau ada pun , payah la sangat nak ikut , kalau dah tidur , terbengkalai segala-galanya .
- Banyakkan membaca , jangan tau beli buku je . Saya suka beli buku , tengok tajuk macam best , beli la , tapi lepas tu perap , sekarang ni ade hobi baru , bagi anak murid pinjam , hehe . Takpelah , tahun depan kena banyakkan membaca .
- Berjimat cermat . Kalau boleh , paling kurang simpan RM200 setiap bulan , nampak macam tak banyak , tapi , taktau lah .
- Ehem ! (
kaweninsyaAllah) .No komen .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.