Assalamualaikum
Wah.. Disebabkan saya dalam mood yang baik maka saya pun rajin lah nak menulis tentang umrah ni..
Pada 9 Julai 2012 kami bertolak dari Madinah ke bir 'ali dengan menaiki bas untuk berniat ihram di miqat, perjalanan tak sampai sejam pun. Tapi dari bir 'ali ke Makkah mengambil masa lebih kurang 6 jam.
|
Ramai jugak orang |
|
Masjid bir 'ali |
|
Bergambar bersama keluarga |
Setelah berniat ihram di masjid bir 'ali, kami bertolak ke makkah dan singgah di R&R sekejap (Takde gambar sbb time tu baru bangun tidur, malas nk tangkap gambar) untuk solat dan menjamu selera.
Kami tiba di makkah lebih kurang pukul 11 atau 10 malam, setelah makan malam, kami berehat sebentar di bilik hotel masing-masing, dan kemudian kami mengerjakan Umrah lebih kurang pukul 12 malam.
Pertama kali tengok ka'abah rasa macam happy sangat dapat sampai kat makkah (lagi-lagi bila mak kata masa kat madinah "dija sampai kat sini sbb Allah jemput dija"), nampak ka'abah tu rasa macam mimpi, macam tak percaya.
Macam biasa mulakan dgn tawaf, selesai tawaf, melakukan solat sunat tawaf (rasa macam taknak g sa'ie,nak duduk doa depan ka'abah tu),dan teruskan dengan sa'ie dan akhirnya tahallul,selesai.
|
Ramai jugak org sa'ie malam2 ni |
|
Ni dah tahallul, sbb tu muke happy :D |
|
Mak & Abah |
|
Makkah never sleep |
|
Masjidil haram |
Pada 11 Julai pula kami dibawa ke Jabal Thur dan Jabal Rahmah dan juga tempat-tempat yang perlu pergi ketika Haji (banyak tengok dari dlm bas je, jadi saya buat taik mata jela), setibanya di sana, saya pun naiklah Jabal Rahmah tu dengan ayah saya. Tapi,dah sampai kat sana baru tahu yang cerita yang Jabal Rahmah ni tiada apa-apa kena mengena dengan Jodoh pun, situ hanyalah tempat wukuf (siapa punya kerja la kata tulis nama kita dgn org yg kita minat kat situ kalau nak kahwin dengan orang tu, vandalisme betul!)
|
Jabal Thur |
|
Jabal 'Arafah (org panggil Jabal Rahmah) |
|
Pemandangan dari atas Jabal Rahmah |
|
Lepas penat naik Jabal Rahmah makan aiskrim pulak |
Setelah melihat tempat melontar, muzdalifah dan tempat-tempat yang perlu pergi sewaktu haji, kami bergerak ke masjid Ja'ranah untuk berniat ihram, dan kemudian kami melihat Jabal Nur (yg ada gua hira' tu kalau tak silap),masjid Jin,Masjid kucing,tapi semuanya dari dlm bas sahaja, kemudiannya kami bergerak balik.
|
Masjid Ja'ranah |
|
Gelang yang dibeli di Masjid Ja'ranah |
Aku dulu masa p x pernah pun naik tingkat atas masjidil haram
BalasPadamaku pun xpnah gak naik bumbung tu..
BalasPadam