Rabu, 18 Julai 2012

Ziarah Madinah

Assalamualaikum

Tarikh 6 Julai 2011 pada pukul 4.30 pagi saya mula bertolak dari rumah, pemergian saya ke tanah suci ni bersama dengan mak dan ayah saya di bawah bimbingan gemilang travel.

Flight pada lebih kurang pukul 10 pagi menaiki kapal terbang Malaysia Airlines (amboi, da macam berita saya tulis) dan kami tiba di Madinah al Munawwarah lebih kurang pukul 3 petang.

Bumi Madinah

Dari kapal terbang ke airport naik bas
Setibanya di Madinah, kami duduk 3 orang sebilik, saya, mak saya, dan makcik Zahimah (kalau tak silap), tapi ada 5 katil, hotel kami berdekatan dengan pintu 25 masjid Nabawi.

Di masjid nabawi selepas subuh
Tak banyak gambar di masjid nabawi sebab perempuan tidak dibenarkan membawa masuk kamera (fon yang ada kamera pun takleh).
Pesanan dari masjid nabawi
Untuk ziarah dalam, kami dibawa memasuki raudhah, tapi bahagian perempuan tak dapat pergi ke maqam Nabi (sedih betul).

Untuk ziarah luar pula kami dibawa ke Masjid Quba' (Masjid pertama yang Nabi bina),kemudian ke Jabal Uhud,ladang kurma,tempat percetakan mushaf,dan ada sesetengah tempat yang kami hanya dapat lihat dari dalam bas.

Masjid Quba'

Jabal Uhud


Jabal Rumah (pemanah)

Ni la cerita waktu perang uhud

Ladang kurma (Macam supermarket je)

Menunggu masuk tempat percetakan Mushaf (laki je boleh masuk)

Tempat percetakan Mushaf
Kami di Madinah hanya selama 3 hari 2 malam sahaja, dan seterusnya kami bertolak ke Makkah, nantikan entri seterusnya.. (jeng jeng jeng,tunggulah sampai saya rajin nak menulis :D)

Wallahua'lam

2 ulasan:

  1. ko tak citekan yang pi airport kete dipandu oleh aku,pada pukul 4.30,pagi

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.