Jumaat, 29 Mac 2013

Fabulous Friday : Lawatan kedua ke MPH .

السلام عليكم

Pada hari selasa ; 26.03.13 . Selepas maghrib , saya bersama mak saya menaiki teksi untuk ke MPH Great Easter Mall . Nak buat apa lagi .. Beli buku la kan .. Kali ni saya beli buku sehingga mencapai RM 149.90 . 
Buku apa yang dibeli ? Ni malu ni .. (Ohokk..)

Jom tengok buku apa yang dibeli ..

Untuk kita pendosa - Hilal Asyraf (RM 18.00)
Wahabi sesatkah mereka - Hersi Mohamad Hilole (RM 18.00)
Di hamparan shamrock - Hasrizal Abdul Jamil (RM 30.00)
Maid Maiden - Kaoru (Satu komik RM 7.50)
Buku petak ni untuk assingment kelab bahasa jepun , kena tulis simbol simbol dia  . (RM 1.50)
So , mana lagi RM 44.90 ? Tadi RM 18+18+30+(7.50 x 5)+1.50 = RM 105.00 .
Ni rahsia dia , RM 44.90 ni buku mak saya . Ni dia ....

Dengan ini cukup la RM 149.90 . Lagi 50 ni nanti beli lain pulak ..

Selasa, 26 Mac 2013

Buku yang dibeli di MPH tesco sungai petani .

السلام عليكم

Dalam entri ini , saya ada katakan bahawa saya ada menggunakan baucar buku ketika saya di Kedah . Jom tengok buku yang saya beli .

Tadaaa ! (Komik takleh tinggal :P)
Penawar duka pengubat sengsara - RM 17.00
Instant Japanese                           - RM 23.00
Maid Maiden Monday                  - RM 7.50

TOTAL .....................................- RM 47.50

Disebakan saya taknak RM 2.50 burn macamtu je , saya beli pensel tekan untuk adik saya yang berharga RM 2.60 . So , saya kena tambah 10 sen je . Sayang nak guna RM 250 sekali gus , jadi , saya guna la sikit sikit . Baru terasa seronok .

Ahad, 24 Mac 2013

Kedah - KL - Kedah

السلام عليكم

Baru baru ni saya ambil kesempatan sikit pada hari khamis & jumaat yang tak ada kuliah , saya ambil kesempatan untuk mengikut ayah saya menghantar abang saya ke kedah . So , ini story dia .

Pagi khamis kami bertolak dari rumah selepas subuh , dalam pukul 6.45 pagi rasanya , kat luar gelap lagi . Malam tu saya memang tak tidur , takut kalau tidur lewat , pagi lambat bangun & lambat siap , jadi , terus tak tidur . Plan nak tidur dalam kereta , memang sepanjang jalan la saya tidur .

Nampak tak gelap dia tu ?

Dalam perjalanan singgah sekejap di R&R Sungai Perak untuk melantak dan melaksanakan segala hajat yang terpendam . 

Kembali meneruskan perjalanan
Dari R&R Sungai Perak kami teruskan perjalanan sampailah ke Sungai Petani , Kedah .

Hashimee Homepathy cawangan Sungai Petani
Apa yang saya buat di kedah ? Tak buat apa , berjalan rumah abang , rumah kakak , p tesco (rumah kat KL dekat dengan tesco , opis kat kedah pun sebelah tesco , takleh dipisahkan sungguh) . Disebabkan tesco yang dekat dengan ofis , saya ambil kesempatan menggunakan baucar buku di MPH yang terdapat di tesco tu . Nanti kita cerita pasal buku kat tempat lain ye .

Malam tu , kami bermalam di rumah kakak saya , di Kuala Ketil . 
Ini adalah cicit kucing saya , abang saya bela
Aktiviti di rumah kakak : Makan & main dengan anak buah .
Pada hari jumaat , sebelum jumaat kami pergi ke rumah abang saya , makan makan (makan lagi) , dan pulang semula ke Kuala Ketil , bertolak pula ke KL selepas asar bersama dengan ayah saya , kakak saya , abag ipar saya dan 2 orang anak buah saya . Mereka saja nak berjalan ke KL menghabiskan masa cuti sekolah . 

Dalam perjalanan ke KL singgah sebentar di Parit Buntar atas sebab urusan ceramah abang ipar saya . Usai ceramah , kami meneruskan perjalanan ke KL . Mestilah lapar kan , so , singgah R&R apa entah , tak perasan nama , makan KFC , teruskan perjalanan , berhenti lagi , lunaskan hajat & cari kopi untuk orang yang memandu . 

Akhirnya , kami selamat sampai di KL pada hari sabtu pada jam 1 a.m . Terima kasih buat abang ipar saya yang memandu dengan berhati - hati (ke?

Walaupun saya orang KL , saya pun ikut orang kedah jalan KL . Bukan selalu . Pada hari sabtu , tempat pertama sekali kami pergi adalah Ikea Damansara . Kemudian pergi ke taman rama - rama dan taman tasik perdana , disebabkan panas yang menyengat , maka , destinasi seterusnya adalah rumah .
Teringin nak naik , tapi sebab saya dengan anak buah saya dah macam mak dengan anak , terpaksa lupakan niat tu .
 
 

Habis dah cerita saya jalan jalan KL , orang kedah belum habis jalan , tapi hari ahad saya kerja , tak ikut dah la . Ada juga bawa balik ole - ole sebab ada orang mintak . Ole - ole yang berupa brooch bunga buatan kakak ipar saya , kalau sesiapa yang berminat , boleh tengok sini (tak pasti dia jual online tak) .

Ini lah ole olenya 


Khamis, 7 Mac 2013

Photoshoot @ Taman Tasik Ampang Hilir

السلام عليكم

Pada hari khamis , 7.03.13 , saya dan NSNS Photography bertemu di Taman Tasik Ampang Hilir , lebih kurang pada pukul 9 pagi . Sebenarnya NSNS Photgraphy ni kawan saya Nur Syairah & Nurul Syafiqah . Dorang memang power tangkap gambar , saya jadi model jela (ohokkk..) .

Taman ni memang cantik untuk tangkap gambar . Tapi kalau untuk tangkap gambar wedding , ada je orang buat , tapi kalau tanya saya , macam tak sesuai la , kecuali kalau pasangan tu pasangan atlet :P

Saya pergi ke taman , berjalan kaki dari rumah , dalam 20 minit . Beli makanan untuk sarapan , dan kemudian sarapan dulu sebelum tangkap gambar .

Malas nak cerita banyak banyak , biar gambar yang bercerita .

Support NSNS Photography here . Like3 !

Tapi yang kat bawah ni semua gambar dari phone saya , nanti bila dah dapat gambar dari NSNS Photography , saya post lain ..