Ahad, 24 Mac 2013

Kedah - KL - Kedah

السلام عليكم

Baru baru ni saya ambil kesempatan sikit pada hari khamis & jumaat yang tak ada kuliah , saya ambil kesempatan untuk mengikut ayah saya menghantar abang saya ke kedah . So , ini story dia .

Pagi khamis kami bertolak dari rumah selepas subuh , dalam pukul 6.45 pagi rasanya , kat luar gelap lagi . Malam tu saya memang tak tidur , takut kalau tidur lewat , pagi lambat bangun & lambat siap , jadi , terus tak tidur . Plan nak tidur dalam kereta , memang sepanjang jalan la saya tidur .

Nampak tak gelap dia tu ?

Dalam perjalanan singgah sekejap di R&R Sungai Perak untuk melantak dan melaksanakan segala hajat yang terpendam . 

Kembali meneruskan perjalanan
Dari R&R Sungai Perak kami teruskan perjalanan sampailah ke Sungai Petani , Kedah .

Hashimee Homepathy cawangan Sungai Petani
Apa yang saya buat di kedah ? Tak buat apa , berjalan rumah abang , rumah kakak , p tesco (rumah kat KL dekat dengan tesco , opis kat kedah pun sebelah tesco , takleh dipisahkan sungguh) . Disebabkan tesco yang dekat dengan ofis , saya ambil kesempatan menggunakan baucar buku di MPH yang terdapat di tesco tu . Nanti kita cerita pasal buku kat tempat lain ye .

Malam tu , kami bermalam di rumah kakak saya , di Kuala Ketil . 
Ini adalah cicit kucing saya , abang saya bela
Aktiviti di rumah kakak : Makan & main dengan anak buah .
Pada hari jumaat , sebelum jumaat kami pergi ke rumah abang saya , makan makan (makan lagi) , dan pulang semula ke Kuala Ketil , bertolak pula ke KL selepas asar bersama dengan ayah saya , kakak saya , abag ipar saya dan 2 orang anak buah saya . Mereka saja nak berjalan ke KL menghabiskan masa cuti sekolah . 

Dalam perjalanan ke KL singgah sebentar di Parit Buntar atas sebab urusan ceramah abang ipar saya . Usai ceramah , kami meneruskan perjalanan ke KL . Mestilah lapar kan , so , singgah R&R apa entah , tak perasan nama , makan KFC , teruskan perjalanan , berhenti lagi , lunaskan hajat & cari kopi untuk orang yang memandu . 

Akhirnya , kami selamat sampai di KL pada hari sabtu pada jam 1 a.m . Terima kasih buat abang ipar saya yang memandu dengan berhati - hati (ke?

Walaupun saya orang KL , saya pun ikut orang kedah jalan KL . Bukan selalu . Pada hari sabtu , tempat pertama sekali kami pergi adalah Ikea Damansara . Kemudian pergi ke taman rama - rama dan taman tasik perdana , disebabkan panas yang menyengat , maka , destinasi seterusnya adalah rumah .
Teringin nak naik , tapi sebab saya dengan anak buah saya dah macam mak dengan anak , terpaksa lupakan niat tu .
 
 

Habis dah cerita saya jalan jalan KL , orang kedah belum habis jalan , tapi hari ahad saya kerja , tak ikut dah la . Ada juga bawa balik ole - ole sebab ada orang mintak . Ole - ole yang berupa brooch bunga buatan kakak ipar saya , kalau sesiapa yang berminat , boleh tengok sini (tak pasti dia jual online tak) .

Ini lah ole olenya 


1 ulasan:

  1. Insyaallah akan ada onlinenye..tgh dok buat yang baru..nanti boleh tgk facebook yang abby
    craft.lehla tlg promote2..hehe ..jazakillah

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.