Selasa, 26 Februari 2013

Bila orang tak reti masak masuk dapur .

السلام عليكم 

Percaya tak ? Orang tak reti masak buat pavlova . Keh keh keh . Saya memang tak reti masak tapi mungkin bakat tu ada kot (terperasan jap) . Disebabkan saya tak kerja hari ni (konon nak p dentist , tapi bila call , appoinment esok ) maka saya cari la kerja , mula - mula mintak mak buatkan tapi saya pulak yang kena buat sendiri , haih .

Cari resepi di sini , tulis dan pergi dapur . Tapi banyak yang saya alter , whipping cream tak ada , jadi saya buat icing , icing tu pun , saya guna macam - macam , sebab rasa pelik (hahaha) . Siap hiris kulit lemon letak dalam icing tu lagi , disebabkan banyak lemon dan limau nipis dalam peti ais ,  jdi , guna jela . Selalunya saya minum air lemon dan limau nipis untuk buang lemak , tu yang banyak .

Antara insiden yang berlaku di dapur ketika proses membuat pavlova ni adalah peperangan dengan lipas (ada la dalam 15 minit kot) , saya memang tak suka lipas , sudahnya menjerit - jerit panggil mak turun untuk selesaikan lipas tu . Dah selesai , sambung buat pavlova balik .

Sambil sambil tunggu pavlova tu dibakar dalam oven , saya pun makan nasi , tengok running man , macam macam lagi la .

Tapi malangnya luar dia je macam masak , dalam macam kurang masak , jadi , saya biarkan lama lagi dalam oven , tapi macam sama je . Dah fed up sangat , keluarkan and makan je la , alah .. macam telur separuh masak je .

Overall , it is edible la , hahaha . Kalau suruh saya rate , saya bagi 3 per 5 kot .

Takpe la , nanti kali kedua buat dengan whipping cream apa semua , kali ni terasa macam nak makan , tu yang buat je .

Sekian :)

Hati & mulut .

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalu kita dengar orang kata "mulut kata lain , hati kata lain" , tapi memang betul la kan ? Mungkin hari ni kita geram dengan kawan baik kita , kita kata kita dah tak nak ambil tahu pasal dia , tapi seminggu kemudian kita rindu pula dekat dia (saya tengah lalui) , berhubung balik dan berbaik balik , gaduh lagi , macamtu jugak , itu la yang sering terjadi , tapi tu normal , sifat hati ni kan berbolak - balik . Kalau berbolak - balik dalam hal tu tak ada masalah , tapi kalau dalam bab iman dan aqidah , tu masaalah besar .

Kadang - kadang rasa waswas tu akan datang juga kan , bisikan syaitan mengganggu , sebab tu la kita kena sentiasa minta pertolongan dari Allah dan berdoa supaya ditetapkan hati dalam iman dan ketaatan , dan juga supaya hidup kita berakhir dengan husnu khatimah . Amin .

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bertaqwa . Amin . :)

Ahad, 10 Februari 2013

Kerja ku

HARI-HARI BEKERJA

Dulu.... masa zaman student,teringin nak kerja,sekarang dah kerja,tak teringin pon nak jadi student. Hahahaa. Tapi post ni nak ceritakan tentang pengalaman bekerja.

Oke, saya ni kerja kat klinik, so, hari-hari tengok muke orang sakit.

Hari pertama kerja, bos suruh basuh tandas, never mind la, sebab bos tu my father, hehehee. Tapi masa tu rase macam 'adoi la,penatnya kerja'. Tapi takpelah, gaji minggu-minggu, so bila da dapat gaji. lupa la penat tu.

Tapi memang kerja kat sini kena banyak sabar, pesakit-pesakit dia, kadang-kadang orang tak kasi datang nak datang jugak, dia kata dia dato' la apa la, kalau dia nenek pon saya tak kesa.

Doktor kat klinik ni ada 2 orang, ayah saya and abang saya, pernah ada orang call, waktu tu ayah saya cuti, dia nak datang, katanya emergency, saya kata anak doktor ada, lepas tu dia kata "saya da biasa dengan doktor,takleh ke mintak doktor datang sekejap,emergency ni..". Nak je saya kata, kalau emergency da nak mati sangat, datang la jumpe doktor mana-mana pon, anak doktor tu pon doktor jugak.. Hish..

Menguji kesabaran kan? Tu baru sikit...

Tu la kan, kita ni customer kena behave ourselves la, memang la customer is always right, tapi kami ni bukan nak layan awak sorang je, ramai lagi..

Jumaat, 8 Februari 2013

Cita - cita ? kehendak ibu bapa ?

بسم الله الرحمن الرحيم

(Sampai 2 entry tulis hari ni , banyak sangat cerita)
Setiap orang pasti ada hala tuju masing masing dalam hidup ni kan ? Semua orang ada cita - cita , terdetik nak tulis pasal ni sebab baru je lepas borak dengan seorang kawan yang rapat pasal cita - cita ni .

Sorry to say , saya bukan seorang yang minat dengan apa yang saya buat sekarang , tapi , teringat saya pesan seorang ustaz " utamakan kepentingan dari minat " , dan belajar tu penting kan .. Minat saya ? TIDUR (melawak ja ..) 
Saya minat bahasa dan juga minat berjalan ataupun melancong . Saya sangat berminat dengan bahasa arab dan bahasa jepun , kalau boleh , nak belajar bahasa bahasa tu kat negara dia , tapi memandangkan keluarga tidak membenarkan saya keluar jauh jauh tanpa ditemani mahram lelaki , makanya , agak susah la untuk mencapai .

Ada seorang yang tanya , kenapa saya ikut apa yang family saya pilihkan ? Sebenarnya , tipu la saya tak menangis sebab saya tak dapat buat apa yang saya nak . Tapi , apa yang mak ayah saya pilih untuk saya , dan apa yang mak ayah saya tak benarkan pasti ada hikmah , sebab dari kecik mereka yang besarkan saya , dari waktu saya tak reti berkata kata mak saya faham kehendak saya .

Fikir pasal ni je boleh buat air mata mengalir , berapa banyak yang mak ayah saya dah korbankan untuk  saya ? Saya yakin ke yang saya akan pergi dulu sebelum mak ayah saya ? Semestinya tidak , sebab ajal tu tak mengira usia kan , memang ada kemungkinan saya akan pergi dulu . Jadi , apa salahnya kalau saya ikutkan apa yang mak ayah saya nak ? 

Pahala apa yang saya dah buat sepanjang hidup saya ? Apa je perkara yang saya pernah buat untuk gembirakan mak ayah saya ? Kalau fikir - fikir balik , macam tak ada . Saya tak sanggup la nak buat sesuatu perkara yang saya suka tapi dalam keadaan mak ayah saya tak redha .

Saya bukanlah anak yang baik , saya jenis kuat memberontak , tapi saya cuba untuk jadi anak yang baik , cuba untuk kurangkan sifat meberontak tu , cuba untuk dengar cakap .

Mungkin orang yang sedang membaca ni pun mengalami masalah yang sama , tersepit antara minat sendiri dan pilihan ibu bapa , pada saya , kalau mak ayah memang nak sangat sangat kita sambung dalam bidang tu , atau dekat tempat tu , ikutkan je , sebab apa yang mereka dah korbankan untuk kita , tak mungkin terbalas sehingga hujung nyawa kita , walau sepeti duit kita bagi kepada mereka , takkan dapat membalas segala jasa pengorbanan mereka .


Ni jawapan saya , untuk orang yang tanya kenapa saya tak ikut minat saya :)


No need to be stress , SMILE :D

Rabu, 6 Februari 2013

What you give you get back ..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingat dah taknak tulis blog sampai habis final exam , tapi terasa nak menulis juga , sampai ada kawan yang menyakat camni "enti jangan tulis kat blog pulak ana cakap camni" , amboi la .. Tapi apa yang tercatat dalam blog ni kebanyakannya adalah pengalaman peribadi , ataupun pengalaman orang lain yang diceritakan kepada saya .

Tajuk kali ni , what you give you get back (entah betul ke tak) , apa yg kita beri , itu kita akan dapat , kalau la kita ni jenis biadap dengan orang , jangan tanya kenapa kalau orang tak hormat kita , kalau kita jenis yang derhaka dengan orang tua , jangan tanya kenapa kalau anak kita abaikan kita atau derhaka dengan kita .

Dalam kehidupan seharian kita , kita pasti ada bergaul dengan makhluq Allah yang lain kan , tak kira la manusia ke , semut ke , kucing ke .. Cuba kita kaji balik kalau bukan dengan manusia , ada tak sifat ihsan kita ? Kalau dengan manusia , kita hormat tak ..

Kalau la kita terasa nak mengumpat atau nak mengaibkan orang , sebelum buka mulut , fikir dulu 'kalau orang buat camni dekat aku , aku suka tak ?' , kalau kita rasa jawapan dia tak , jangan la buat .

Lagi 1 , saya jenis yang berkawan dengan sesiapa je yang nak berkawan dengan saya , tapi , orang jarang dekat dengan saya , sebab nampak macam sombong , hakikatnya tak . Dalam kawan kawan saya , yang nakal ke , yang baik ke , dorang mesti ada masaalah masing masing , dan apa yang paling melemahkan adalah orang terlampau cepat menilai orang lain .

Kenapa kita tak boleh sangka  baik ? Puncanya hati la kan , hati ni kalau rosak , semua rosak . Sesama Muslim pun kita bersangka buruk , memang bertepuk tangan la yahudi dan nasrani melihat perpecah belahan ummat Islam , kalau sesuatu yang kita tak tahu , sepatutnya untuk buang buruk sangka , kita tanya sendiri kat tuan dia tentang kesahihan sesuatu perkara , tapi kita tak , kita tanya orang lain , dalam masa yang sama kita mengaibkan diri orang tu .

Andai kata la , orang tu tengah mujahadah nak berubah , tiba tiba dia dapat tau yang kita aibkan dia , dia jadi putus asa , sedih dan dia tak nak berusaha untuk berubah , tak ke kita ni serba salah ?

Fikir fikirkan la , think before act , think before speak , think before post , think before tweet :) , your words might harm others .

Yang menulis ni pun taklah baik , sebagai peringatan untuk diri sendiri juga ni . (Sorry , english tak perfect :P )