Khamis, 25 April 2013

Saya perlu berehat .

السلام عليكم

Sejak kebelakangan ni , terasa macam badan saya dah sampai limit . Terlampau penat kot , saya sedar benda ni semalam , 1st semalam makan pagi je , 2nd tension sebab exam , 3rd malam tak makan nasi , makan ceklat je , 4th sampai ke tengah malam saya working out .

Dah la tengahhari semalam tak makan , dan disebabkan tension exam , saya cari bilik yang kosong dan melompat sana sini untuk lepas geram . Lepas tu ikut kawan kawan jalan Wangsa Walk , balik je dari sana , bila saya duduk , brrrrrr .. Otot kat peha rasa tertarik , and argggghh (byk pulak sound effect) . Tapi sekejap je , so , biar je la . 

Bila saya balik dari kolej pun saya practice , tengah practice tu , pergelangan kaki rasa macam nak tercabut , tapi saya tahan jugak , dan teruskan je . Pukul 6 rehat kejap . Lepas maghrib , baru nak makan , tapi just minum horlicks and tak makan nasi , makan ceklat . Lepas makan , sambung practice , sampai tengah malam , tp taklah non-stop . Dalam pukul 10 lebih camtu kot , tengah practice , tangan terasa macam darah tak sampai (rasa dia macam lengan ni kena ikat , and darah tak dapat sampai ke tapak tangan) . Selain tu , tulang betis pun terasa macam nak patah .

Then , terus saya contact kawan saya , anak doktor (padahal diri sendiri anak doktor) , dia suruh saya stop , tapi sebab saya ni kalau dah start takleh stop , hehe . So , saya jawab kat dia , esok saya rehat sehari . Dia suruh rehat 3 hari (boleh mati bosan camni) , tapi nak taknak kena rehat jugak la . Takut damage kat badan say pulak . Ada orang lain kata , saya kena muscle tare (muscle koyak) . Maybe jugak kot , sebab sejak sejak ni saya asek buat leg split untuk increase flexibilty .

Mesti macam pelik kan , practice apa yang saya maksudkan kat sini ? Heee .. Orang yang rapat dengan saya tau la practice apa ..

Khamis , jumaat , sabtu kena rehat , but I think 50 sit ups are okay right ? Since I dont have to use my leg to do it , aite ?

Tapi sebenarnya saya tak rasa saya boleh berehat , just saya takkan practice berjam jam macam saya biasa buat , maybe kot .. Sorry mekja :P

و الله أعلم

Selasa, 23 April 2013

Pemergianmu .

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemergianmu ni tajuk nasyid dari kumpulan in-team kan ? Ni dia ..



Ada peristiwa tentang nasyid ni . Saya dan 2 orang kawan saya dari kolej yang sama dalam perjalanan nak ke Wangsa Walk , cari chatime :P , dalam kereta tu berkumandang la irama dari kaset , waktu tu tengah pasang kaset in-team , dan lagu yang berkumandang tu adalah lagu pemergianmu , suasana berubah jadi lain bila ada salah seorang dari kami berkata " kalau dengar lagu ni time ada masaalah , rasa sedih gila , rasa macam... kalaulah Rasulullah masih ada dengan kita sekarang.. " .

Mood dalam kereta berubah , dan tiba - tiba ada orang tukar lagu lain , takut nanti ada yang menangis tak berhenti pulak ..

Tapi betul kan ? Kalau Rasulullah ada dengan kita sekarang , sebarang pertelingkahan semua kita boleh rujuk Baginda , ajaran mana yang salah dan ajaran mana yang betul semua kita boleh tanya Baginda . Tak ada la kes sesat menyesatkan ni , dah kalau semua sesat , siapa yang betul ? 

Tapi Baginda tinggalkan kita 2 perkara yang mana jika kita berpegang dengannya kita tidak akan sesat , iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah .

اللهم صلي و سلم على محمد

و الله أعلم

Jumaat, 19 April 2013

Fabulous Friday : Makan ais .

السلام عليكم

Ais adalah air yang telah berubah bentuk molekulnya menjadi lebih padat melalui proses pembekuan (ceh , konon saintis) .

Okay , saya memang suka makan ais , rasa macam tiap tiap hari makan ais , walaupun saya cuba untuk elakkan minum air sejuk lepas makan (nak jaga badan la konon) , tapi tetap tak dapat , kerana ais itu sangat menggoda . Saya rasa sebenarnya bukan saya sorang je ada tabiat ni .

Apa faedah makan ais ? Kalau yang betul saya taktau la , tapi dari apa yang orang kata , budak budak yang makan ais ni biasanya lebih bijak (ehemm..) , sebab dia punya deria selalu diaktifkan dengan rasa sejuk yang datang dari ais . Ustaz saya pun pernah kata , budak yang makan benda keras keras dan liat ni biasanya ingatan kuat . Sebab apa ? Entah la .

Penting ke ais dalam hidup saya ? SANGAT penting , sebab saya boleh kena urinary tract infection (jangkitan saluran kencing) kalau takde ais , sebab kurang minum air . Lagipun since kecik lagi saya memang makan batu , dah besar makan ais pulak .

TAPI ... sebenanrnya makan ais ni merosakkan gigi , sebab dulu saya suka kunyah ais , akibatnya , gigi tu punya filling (dulu pernah tampal) habis pecah , gigi tu pun jadi rapuh . Bila tampal balik , makan ais lagi , filling dia pecah lagi , membazir berpuluh puluh ringgit , lani tak tampal dah , tapi kadang kadang tengah makan melalak la sebab sakit .

Dikatakan mereka yang makan batu atau makan ais ade penyakit , penyakit ni dipanggil pica . Selain itu , kekurangan zat besi atau anemia pun merupakan salah 1 sebab (saya memang ade anemia) . 

Well , ni semua kajian yang saya peroleh dari Dr. Google , jadi , janganlah percaya bulat bulat ye .

والله أعلم