السلام عليكم
Aku tulis post ni bila aku terfikir pasal sesuatu , iaitu 'kawan baik' . Kadang kadang aku tertanya tanya , aku ada kawan baik tak ? Sebab setahu aku , aku memang bukan seorang kawan yang baik . Seorang yang aku boleh akui sebagai kawan baik dan mungkin dia pun akan akui sama macam aku adalah Siti Hajar Burhanuddin , memang dari tahun 2007 la kan , rahsia aku semua dalam tangan dia (tapi aku tau , dia mesti lupa , orang tua memang camtu) .
Bila aku tengok orang lain , hangout , chat , line , katalk , whatsapp hari hari , bukan main manja (sama jantina ok) , yess ! Aku cemburu . Aku terfikir kenapa takde orang layan aku camtu ? Memang aku ada Hajar , tapi kitorang tak selalu contact pun . Dan aku pun tak selalu contact dia kalau takde hal , bukan cari kawan bila susah je , tapi takut orang tu sebuk ke ape ke .
But then aku sedar , aku tak banyak bercakap dengan orang , aku tak ramah . Ada jugak cuba , tapi macam tak jadi , huhu . Ada sehari tu , aku try la whatsapp dekat orang yang kenal aku dan agak rapat la dulu , memang blur , taktau nak cakap apa .
Dan solusinya , aku rasa , elok jugak aku hidup dalam dunia aku je , bukan nak menyombong , tapi kalau kita memang takde daya tarikan apa boleh buat kan ? (alasan) Dan aku jugak jenis yang taktau nak cakap apa bila duduk dengan orang , sampaikan kadang kadang sebab aku rasa keadaan tu awkward , aku akan capai henset , dan tekan tekan , tekan apa pun taktau . Sebabnya aku takde idea nak borak ape dan aku rasa keadaan tu awkward .
Tu cerita dengan budak sebaya , kalau dengan orang tua lagi takyah cerita . Memang bunyi cengkerik jela , kalau orang tu tak bercakap apa apa . Aku cukup fobia kalau nak kena borak dengan orang tua . Takyah kata orang luar , nenek atau makcik makcik aku sendiri pun aku tak reti nak sembang . Last last , aku buat buat tengok tv atau main henset .
Cucuk je headset kat telinga camni kalau taktau nak cakap ape . Tapi nanti tak kata sombong ke? ( |
Aku selalu guna taktik earphone bila part taknak layan orang , masa praktikal dulu , disebabkan aku pergi dan balik jalan kaki , ada la jugak kena kacau , jadi sebagai persediaan aku dah cucuk earphone kat henset , biar wayar terkeluar dari poket , siapa yang nak mengacau nampak nanti , dia tau la kalau dia duk menggatal pun aku tak dengar .
Sekarang ni aku tengah terfikir nak masuk kolej nanti , aku cuak sebab aku tak reti bergaul , kalau takde orang yang rapat dengan aku , memang terkapai kapai aku . Tapi tak salah kan kalau menyendiri ? Haih , apa la penyakit aku ni .
Tulisan ni sekadar meluahkan kecelaruan dalam otak . Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada .
Sekian .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.