Rabu, 18 Julai 2012

Ziarah Madinah

Assalamualaikum

Tarikh 6 Julai 2011 pada pukul 4.30 pagi saya mula bertolak dari rumah, pemergian saya ke tanah suci ni bersama dengan mak dan ayah saya di bawah bimbingan gemilang travel.

Flight pada lebih kurang pukul 10 pagi menaiki kapal terbang Malaysia Airlines (amboi, da macam berita saya tulis) dan kami tiba di Madinah al Munawwarah lebih kurang pukul 3 petang.

Bumi Madinah

Dari kapal terbang ke airport naik bas
Setibanya di Madinah, kami duduk 3 orang sebilik, saya, mak saya, dan makcik Zahimah (kalau tak silap), tapi ada 5 katil, hotel kami berdekatan dengan pintu 25 masjid Nabawi.

Di masjid nabawi selepas subuh
Tak banyak gambar di masjid nabawi sebab perempuan tidak dibenarkan membawa masuk kamera (fon yang ada kamera pun takleh).
Pesanan dari masjid nabawi
Untuk ziarah dalam, kami dibawa memasuki raudhah, tapi bahagian perempuan tak dapat pergi ke maqam Nabi (sedih betul).

Untuk ziarah luar pula kami dibawa ke Masjid Quba' (Masjid pertama yang Nabi bina),kemudian ke Jabal Uhud,ladang kurma,tempat percetakan mushaf,dan ada sesetengah tempat yang kami hanya dapat lihat dari dalam bas.

Masjid Quba'

Jabal Uhud


Jabal Rumah (pemanah)

Ni la cerita waktu perang uhud

Ladang kurma (Macam supermarket je)

Menunggu masuk tempat percetakan Mushaf (laki je boleh masuk)

Tempat percetakan Mushaf
Kami di Madinah hanya selama 3 hari 2 malam sahaja, dan seterusnya kami bertolak ke Makkah, nantikan entri seterusnya.. (jeng jeng jeng,tunggulah sampai saya rajin nak menulis :D)

Wallahua'lam

Ahad, 24 Jun 2012

Pengajaran dari kulit kuaci

Assalamualaikum..

Sambil saya menulis ni, saya makan kuaci, dan sebab kuaci ni la saya dapat idea untuk menulis :)
Siapa yang rajin makan kuaci mesti perasan, antara kuaci yang dah siap bukak kulit dgn kuaci yang belum bukak kulit, lagi sedap yang belum bukak kulit sebab kelazatan isi kuaci tu bertambah-tambah setelah penat membuka kulitnya (penat ke?)..

Pengajarannya, begitulah hidup, kita akan merasa kemanisan sesuatu perkara bila kita peroleh hasilnya setelah kita bertungkus-lumus, rasa puas hati, rasa berjaya, rasa macam tak sia-sia usaha selama ni, jadi, jangan mudah putus asa ye :)

Sekian

Rabu, 30 Mei 2012

I'm an adrenaline junkie :)

Assalamualaikum..

Waktu cuti yang berharga akan habis tak lama lagi,jadi ambik kesempatan untuk luangkan masa dgn keluarga,destinasi pilihan adalah GENTING HIGHLANDS..

Bertolak dari KL SENTRAL dalam pukul 9.30 A.M sampai di GOHTONG JAYA (stesen kereta kabel) dalam pukul 10.45 mungkin (tak tengok jam pun sebenarnya)..
Kabus yang dapat dilihat dari dalam kereta kabel


Sampai di Theme Park dalam pukul 12.00 P.M (setelah memusing cari kaunter tiket yang tak ramai orang)..
Tapi disebabkan cuti sekolah,memang ramai sangat orang (walaupun weekday),jadi kami cuma berkesempatan naik 3 permainan je (sedih).. Spinner, flying coaster & sungai rejang flume ride (tu pun setelah berjam beratur)
Spinner
Flying coaster (time ni kabus tebal)
Pukul 4.20P.M,kami bertolak balik ke KL..
Kebanyakan masa dihabiskan untuk berjalan dan tangkap gambar. Antara gambar yang sempat di 'snap'.
Banyak coklat sedap-sedap.. (tak beli pun)

Kiosk yang ada kat luar and flying coaster's track

Boating

Mini train


It was a cafe


Pirates train (I haven't try this yet :( )

Kid's playground

Flying Jumbo


Space shot versi kanak-kanak

Astro fighter (kalau tak silap)




Beryl's chocolate wonderland

Ni monorail kot..

Space shot (try la)

Kalau lah boleh petik

Ye ke???

Tiket outdoor saja RM50, Indoor saja RM30 kot,All park RM66


Yeah,that's the phone..










It's time to go home

Rabu, 23 Mei 2012

TUTUP buku lama, BUKA buku baru :)

Assalamualaikum..
Lama jugak tak post kan?
Takde idea kot..
Nampak dah title tu kan? Nak lagi jelas,tengok gambar bawah ni :
"setiap anak adam itu melakukan kesalahan & sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat"

Setiap orang ada masa lalu, masa lalu kita ada yang manis, ada yang pahit, biasalah, kalau buah pun tak semuanya manis.
Lumrah hidup, kita akan melakukan kesalahan, terutamanya waktu zaman remaja, remaja kan memang pantang dicabar.
Ada masa, kita akan meratap menyesali apa yang kita dah lakukan, penyesalan memang bagus, tapi penyesalan perlu diikuti dengan perubahan.
Hidup ni kan tak selalu indah, bila menyesal, bersyukurlah sebab ada orang, bila dah buat salah, sikit pun takde rasa nak menyesal, na'uzubillah..
Dalam fasa perubahan, perkara yang biasa berlaku adalah ungkit-mengungkit, orang lain mesti nak mengungkit punyalah, sampai kita rasa "kalau aku dah buat benda ni,dah takde maaf buat aku lagi ke??"
That's why kita kena tutup buku lama, jangan bukak dah, tinggalkan terus, berubah ni 'THRILL' tau.. Lagi thrill dari naik roller coaster, sebab permulaan tu sangat mencabar, orang tak percayakan kita, orang benci kita, orang sebarkan aib kita, orang ungkit kesalahan kita, DLL...

Kesimpulannya, siapa yang dapat istiqamah dalam perubahan merupakan orang yang HEBAT , COOL..
Sabarlah dalam berjuang, nak berubah pun berjuang jugak tu.. Kita ni, tak dilahirkan dengan apa-apa pengetahuan kecuali menangis.

SEKIAN :D

Rabu, 9 Mei 2012

SMA (ARAB) ILMI 2007-2011

Assalamualaikum..
Sekolah Menengah Agama Arab Ilmi..
Tempat saya menimba ilmu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, banyak pengalaman yang diperolehi di sana..
Dan............
Rindu sangat-sangat dengan guru-guru dan kawan-kawan..
Tapi, macamtu la kan perjalanan hidup, takde yang kekal..

Antara detik-detik yang tak dpt dilupakan adalah 2 tahun terakhir..
-Buat persembahan silat hari sukan.
-Join family day guru.
-Masuk pertandingan karaoke.
-Hari ko-kurikulum.
-Lawatan tahun 2010
-Exam SPM


TAHUN 2008



TAHUN 2009


TAHUN 2010















2011 (TAHUN TERAKHIR YANG PENUH KENANGAN)












BETULLAH ORANG KATA, DAH HABIS SEKOLAH NANTI MESTI RINDU ZAMAN SEKOLAH..TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU YANG TELAH BANYAK BERKORBAN DEMI KEJAYAAN KAMI.

SEKARANG (KENANGAN)