Isnin, 25 Julai 2016

Hari Bersalin.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Setelah 38minggu si kecik berguling dalam perut, sampai la masa dia nak keluar. Seperti yg anda ketahui, ini adalah 1st time saya mengandug, so, ini la jugak kelahiran sulung.

22 APRIL 2016
Balik dari kerja tengahari, ada bloody show, tapi takde sakit, aku dah bersedia kalau haritu nak bersalin. Tapi bloody  show jela tanda masa tu, badan tak sakit mana.

23 APRIL 
Aku tak boleh tidur lena sebab badan sakit sakit. Kira contraction, tak tetap. Harini suami aku ada exam, harap baby keluar malam.

Aku rehatkan diri, tak aktif mana, suami habis exam petang, jadi lepas zohor aku start mengemas, kemas bilik bawah tempat bakal habiskan masa waktu berpantang. Basuh bilik air. Sambil tu aku makan ubat selusuh homeopati dan minum raspberry tea. Contraction boleh tahan lagi masa ni. Beg aku pun baru nak kemas, hoho.

Rancang nak pegi hospital lepas maghrib, tapi nak makan, kemas kemas, lepas isyak jugak pergi. Dalam pukul 10 sampai Hospital Ampang, abah dgn mak yg hantar, mak pesan baca ayat kursi byk byk, abah pesan jgn risau, abah dgn mak doakan, lepastu pergi kat PAC, daftar semua, dia suruh aku masuk cek jalan, aku nampak doktor laki melilau kat situ, aku cakap kat nurse aku taknak doktor laki, aku taktau la nurse tu perli ke apa, dia cakap kuat kuat LELAKI TAK DIBENARKAN! Bila aku kata nak bersalin dengan doktor perempuan pun dia macam buat muka, entah le nak... Yang masukkan branula kat aku pulak doktor pelatih, sangat lama dia buat dan sangat menyakitkan aku, tapi tabahkan jela hati, bila cek jalan, tengok tengok dah 5cm, pasang mesin ctg ape semua. Then dia suruh tukar baju, lepastu masuk antibiotik (sbb aku ada GBS). Masa ni contraction tahap gigil gigil dah. Nurse kata LR (Labour Room: Bilik Bersalin) penuh. So duduk la aku kat luar tunggu sambil bersandar kat laki aku, sakit yang amat. Lepastu nurse panggil bagi aku baring kat katil kosong, dekat pukul 12 nurse kata nak hantar pergi labour room.

Dalam labour room, cek jalan lagi, still 5cm. Alhamdulillah yang bertugas malam tu doktor perempuan, aku ada jugak kata kat nurse masa dalam tu aku nak doktor perempuan, dia kata hospital kerajaan tak boleh mintak. Lepastu masuk nurse lain, dia la yang sambut aku bersalin, yang ni memang baik, cool je dia, nampak muda lagi. Nurse pasang ctg, tanya ada minum air zamzam ke selusuh ke sbb contraction kuat, aku jawab takde, aku pun tak ingat ada tak aku minum air zamzam, tp ubat selusuh ada la makan. Aku tanya nurse bila laki aku boleh masuk, nurse jawab tunggu doktor dulu. Doktor lambat, sebab masa tu ramai yg bersalin. Nurse tgk contraction aku kuat, jadi dia tanya nak ubat tahan sakit tak? aku mintak gas, dia offer epidural, aku taknak. Padahal gas tu mcm takde kesan je, puas aku sedut.

Masa dlm LR, aku terdengar bunyi perempuan menjerit kuat gila, pastu bunyi macam menendang ke ape ntah, aku dah seram, terpikir 'jap lagi aku camtu ke?', bila doktor masuk, cek jalan lagi, 5cm jugak. Doktor pecahkan air ketuban, pastu bagi laki aku masuk. Lepas pecahkan air ketuban, contraction makin kuat, memang tak tahan masa ni. Laki aku muka nak menangis tengok aku menahan contraction sampai dia kata takyah la beranak dah (masa ni jela, lepas tu.. hmmmphhh).
Masa ni, aku baca ayat kursi dgn tercungap cungap sambil genggam besi tepi katil, nurse suruh cuba mengiring, bila mengiring lagi dahsyat sakitnya, jadi nurse bagi aku terlentang. Nurse yg jaga aku dlm LR ni memang terbaik, dia cool je.

Tak lama lepas tu datang rasa nak meneran, takleh nak tahan dah, aku suruh laki aku panggil nurse, sbb masa ni kitorang je dlm LR tu. Aku pun teran, teran, dan zapp, nurse gunting. Entah berapa kali teran, laki aku suruh aku pandang dia, dia bagi semangat, kata aku boleh buat, contraction datang, aku teran lagi, lepastu laki aku kata 'baby perempuan', maka lahirlah Maryam At Thahirah pukul 1.54 am 24 APRIL 2016.

Nurse tanya laki aku nak potong tali pusat tak, laki aku tak nak, heheh. Dan Maryam diletakkan atas aku, diazankan dan diiqamatkan. Nak tahnik nurse mcm blur, dia taktau boleh ke tak tahnik, si dia kata nanti je tahnik. Kemudian muula la sesi keluarkan uri dan menjahit. Sakit tak beranak? Untuk kali ni aku rasa yg teramat sangat la sakit tak lama, dalam 4-6 jam kot. Masa meneran tak sakit, rasa nak meneran je la. Kena jahit memang sakit. Tu untuk kali ni la, akan datang aku taktau la, huhuh.





SEKIAN

Isnin, 18 Julai 2016

3rd Trimester (Week 27-38)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Fuh.. ni berapa lama nak kena flashback pun taktau.  Harini baru ada mood (rajin) nak menulis. Dalam 3rd trimester ni seingat aku, selera mmg macam apa entah, tiap 2 jam lapar. Tidur malam tak lena, sakit2 badan, kerja pun banyak hari juga ponteng (klinik bapak sendiri kan..), tapi aku tetap semangat untuk berjalan sana sini, masih lagi tawaf shopping complex waktu ni..

Teringat masa checkup dekat klinik, aku tanya bila lagi boleh scan baby, masa tu 32minggu rasanya, disebabkan aku takde buat scan masa 28minggu, aku pun dirujuk utk buat scan. Masa scan tu aku tanya dr "blh tgk jantina tak?", dr tanya tak pernah tengok lagi ke? Aku memang takde checkup tempat lain, so memang tak pernah tengok, dr tu pun scan, dia kata baby kaki tutup, dia kata takpe, scan benda lain dulu, nanti tengok balik. Masa tengok balik tu, dr kata perempuan, hehe. Tapi hati aku kata laki.

Masa 36minggu, aku nak buat 4d scan (which is dah lambat), tapi tak dapat, sbb baby dah besar, scan jantina lagi, sonographer kata confirm perempuan, sbb dia memang tgh bukak kaki, Hihi.

Bila ada checkup kat klinik kerajaan, sekali lagi aku tanya jantina, dr kata mcm perempuan, tapi bila scan hujung2 ni mmg selalunya nampak perempuan pun katanya. Ramai ingat aku bawak baby laki, sebab baby aktif betul, dgn aku yg kuat makan lagi, dan saiz perut.

After all, aku happy je baby perempuan ke laki, yang penting jadi anak soleh/solehah yg mampu doakan aku bila dah dlm kubur nanti. Cerita bersalin aku cerita dalam entri lain ye.

Khamis, 28 Januari 2016

Mengandung (2nd trimester week 13-26)

السلام عليكم

Ok ni sambungan untuk yg sebelum ni, masa menulis ni saya baru masuk minggu ke 27, masa dalam tempoh ni, saya balik rumah mertua dengan suami, dekat 2 minggu jugak rasanya dekat Terengganu, masa ni tak muntah sangat dah, tapi kadang-kadang muntah jugak, nasi tak boleh makan lagi, tak lalu.

Ada 1 pagi ni sakit badan yg teramat, sampai menangis, mak mertua pun ajak pergi klinik, bila pergi klinik, rupanya kencing kotor, patut la sakit badan, masa ni pun doktor ada scan, masa tengah scan tu baby tunjuk skill main bola sepak, hehe. Seronok betul. Doktor tanya jugak dah buat buku pink belum, memang belum la kan, doktor pesan buat cepat, nanti memang kena bising.

Balik ke KL semula, 5/11/15 pergi ke Klinik Ibu dan Anak (KKIA) Kampung Pandan, untuk buka buku pink, masa ni pergi sorang je, suami datang kemudian, sebab nak cepat, orang kata pergi sana kena bawak bil elektrik la, surat nikah la, dah bawak semua tu, tapi dia tak mintak pun, dah jadi semak pulak fail tu. Kita baru nak bukak buku, memang blur la, mujur ada sorang kakak ni pun nak bukak buku jugak, jadi bukak la sama sama.

Lepas dah isi semua details, ni suruh pergi tandas untuk test kencing kotor, timbang berat, ukur tinggi, semua ni buat sendiri. Berat masa tu 49.7kg (tapi bawak beg sekali naik atas penimbang), total BMI 20.6, normal la kan. Patutnya cek darah, tapi tak cek pun, sebab dah lewat, dia suruh datang cek nanti. Masa ni pun doktor scan tunjuk perut baby, jantung, tulang kaki, walaupun tak nampak, iyekan jelah. hihi.

Masa bulan kelima dah kuat makan, makan nasi, makan macam macam, dah okay dah, masa ni pun dah mula kerja balik, setelah lama berehat, mujur kerja dengan ayah sendiri, kalau dengan orang lain, dah kena buang kot.

Dalam 2 minggu lepas checkup tu kena datang minum air gula dan ambik darah, kena minum air gula tu sebab dalam family ada yang kencing manis, so, malam sebelum tu kena puasa dari pukul 10, pagi esok tu, pergi la menunggu giliran untuk dicucuk, ada jugak baca pasal minum air gula ni dekat blog orang lain, orang kata macam teruk sangat, terbayang la macam mana rasa dia agaknya, tapi bila dah rasa sendiri, okay je, mungkin sebab saya memang suka benda manis kot, so takde la rasa teruk.

Lepas minum dia cucuk ambik darah, takut masa ni, takut sakit, tapi tak sakit pun. Lepas tu melangut kat situ 2 jam, dan pergi ambik darah lagi sekali, untuk bacaan lepas minum air gula, yg ni nurse lain ambik, sakit woo, macam nak tumbuk je dia, haha. Lepas tu balik.

Datang pulak 2 minggu kemudian untuk checkup, masa ni masalah timbul sebab buku tak jumpa, lepas minum gula haritu, nurse tak pulangkan balik buku, kita mana tau buku tu kena ambik balik, dia tak bagi, kita diam jela. So, rupanya buku yg saya dapat ni sama dgn buku utk klinik, sebab masa tu buku pesakit dah habis stok, jadi confuse sikit.

Masa checkup kali kedua ni, dia nak cucuk anti tetanus, tapi saya tak nak, sebab memang dari kecik tak divaksinkan, kecuali masa lahir, tu pun sebab doktor tak sengaja. Lepas tu dia cerita macam macam, dan dia suruh bincang semula dgn suami, checkup akan datang bagitau balik. Bila dah balik, tanya mak, mak kata cucuk jela. So, cucuk jelaaaa.

Masa nak cucuk tu ajak suami teman, punyalah takut bab cucuk ni kan, tapi kejap je sebenarnya, dan takde la sakit, banyak kali dah tertipu dengan blog orang lain, diorang kata sakit, tapi petang lepas cucuk tu, muka jadi gatal gatal, naik macam merah merah, maybe allergic reaction, memang takde la nak ambik dos kedua, ibu mengandung pertama kali kena ambik 2 dos.

Checkup kali keempat, buku hilang lagi, kali ni terus tak jumpa, entah kenapa la buku suka sangat hilang. Haih. Tapi dah hujung trimester dua, memang selalu sakit badan, sebelum tidur mesti minta tolong suami urutkan, tenaga memang dah ada balik tak macam masa mula mula dulu, jalan pun dah banyak dah, merata shopping complex diukurnya, sebab orang kata banyak berjalan senang nak beranak, jadi tu yang nak diamalkan.

Fuh, panjang membebel. Minggu ke 26, ada sekali waktu tengah kerja, suddenly rasa baby mengeras, sakit jugak, terus jalan slow slow, gosok gosok perut, tu baru sekali, dah dekat nanti lagi la banyak kali, moga dipermudahkan semua urusan nanti. Bab jantina, lepas scan masa minggu ke 15 tu, doktor takde scan lagi, jadi belum tau, tapi hati kuat mengatakan anak ni........rahsia! Haha. Jumpa lagi lepas bersalin nanti, InsyaAllah.

Selasa, 10 November 2015

Mengandung (1st Trimester, Week 1-12)

السلام عليكم

Fuh.. Memang dah lama sangat tak tulis blog ni, alasannya adalah sebab takde apa yang nak dikongsikan. Hidup sekarang ni rasa macam hari hari buat benda yang sama, sebab tu takde apa yang nak dikongsi.

Pada 27 Ogos 2015, waktu subuh, saya melakukan pregnancy test, atas nasihat kakak suruh buat pagi pagi lepas bangun tidur untuk result lebih tepat. Bila keluar result: POSITIF, rasa nak menangis je, selepas solat subuh bagitau dekat suami "kita mengandung", dia tanya "mana tahu?" Hahaha.

Sebenarnya sebelum buat pregnancy test lagi dah agak dah yang saya mengandung, sebab badan selalu rasa tak sedap, perut asek kembung, pastu selalu la cakap kat suami dengan nada gurau yang saya mengandung, suami pula asek kata takde, tak mengandung. 

Bila dapat tahu mengandung memang rasa sedih + takut. Bukan sebab tak nak anak, mestilah nak zuriat kan, cuma terasa macam 'Mampu ke aku pikul tanggungjawab jadi ibu? Boleh ke aku didik anak aku jadi manusia?' Lagipun kalau ikut rasa nak sambung belajar dulu, lepastu baru nak anak, tapi tu rancangan kita sebagai manusia, Allah lebih dulu tetapkan segalanya untuk kita. Lagipun rezeki kan, berapa ramai pasangan yang nak anak, sampai sanggup berhabis duit.

Waktu dapat tahu mengandung tu terus pergi klinik warda untuk confirmkan dengan scan. Doktor pun tanya bila last datang haid dan sebagainya, lepastu doktor kata dah 4 minggu, teruskan dengan scan, nampak kantung je masa tu. Masa menunggu tu sampai rasa nak pengsan jugak la sebab tak breakfast, doktor pun bagi vitamin mengandung. Total dalam RM60-70.

Inilah gambar scan 


Masuk minggu ke 5 masih pergi kerja walaupun kadang kadang ponteng, masa minggu ke 5 ada turun darah dalam 3 hari, ingatkan gugur, cek dekat abah je, abah kat ada lagi, miscarriage 2%, pastu abah bagi ubat.

Minggu seterusnya bermula la morning sickness yang tak berlaku hanya pada waktu pagi, tapi berlaku setiap masa, tak selera makan, muntah, sakit belakang, sakit perut, sampai menangis nangis bila nak tidur sebab sakit perut. Bau masakan memang tak boleh, rasa sesak je bila bau, dulu hantu tomyam, tapi bila ngandung, bau tomyam pun takleh, jadi sepanjang masa ni, tomyam tolak tepi.

Malam malam pun takleh tidur, taktau kenapa, kalau kata tidur awal pun, mesti dekat pukul 1, terbangun, lepastu memang takleh tidur, kalau tidur pukul 11 pun dekat pukul 1 terjaga jugak, entah kenapa.

So, setakat ni tu je la, 1st trimester memang azab, tapi saya tau ada orang lalui lagi teruk dari saya, sampai jadi macam kain buruk dah, insyaAllah setiap sakit tu ada ganjaran di sisi Allah. Apa pun, doakan yang baik baik untuk saya dan baby yang bakal lahir ni InsyaAllah.

Isnin, 7 Julai 2014

Apa aku nak buat lepas diploma ?

السلام عليكم

Memandangkan semester ni semester akhir . Soalan ni selalu diajukan , kadang kadang aku sendiri ajukan soalan ni untuk diri sendiri . "Apa aku nak buat lepas ni ? " , mak kata pilih 3 , kerja , kahwin , belajar . Kerja ? Maybe , tapi nak kerja apa ? Kalau la ada orang nak bagi kerja jadi reviewer ke , seronok gak . Kahwin ? Takda calon . Belajar , yang ni macam yang terbaik kan , tapi tak minat sangat belajar , kalau boleh nak belajar luar negara , tapi syarat mak , kena kahwin dulu  . Tiba - tiba datang 1 ilham . Ingat nak masuk Tahfiz , nak menghafal . Ataupun nak ambik kursus bahasa , bahasa Jepun ke .

Kalau nak diikutkan , aku memang takda ape - ape plan untuk lepas ni . Plan aku adalah untuk wait and see , tengok orang lain ada plan , ada yang nak ambik diploma lagi sekali , tapi dalam bidang qiraat , ada yang nak ambik degree , ada yang nak kerja , aku blur . 

Kalau tanya apa yang aku minat , aku minat bahasa , so maybe aku boleh belajar bahasa . Aku minat tengok movie , shopping , makan , so mungkin boleh jadi reviewer . Tapi aku tak nampak cara untuk ke situ . 
So , apa conclusionnya ? Aku masih lagi dalam kekeliruan taktau nak buat apa . Moga Allah bagi yang terbaik untuk kita semua . InsyaAllah . Amin .

والله أعلم

Sabtu, 5 Julai 2014

Ramadhan Mubarak

السلام عليكم

Walaupun macam dah terlambat kan , sebab dah masuk seminggu kita berpuasa . Fasa 1 akan berlalu tak lama lagi . Cepatnya Ya Rabb .
Disini saya nak mohon maaf andai ada dosa saya dengan kalian sama ada di depan belakang , kiri , kanan , atas dan bawah , buat yang mengenali saya , yang tak kenal tapi baca blog ni pun saya mintak maaf . Moga kita keluar dari Ramadhan ni dengan segala dosa diampunkan . Doakan saya supaya Istiqamah dalam kebaikan , dijauhkan dari maksiat dan dimatikan dalam Iman .
Selamat berpuasa , selamat beribadah :)


Selasa, 25 Mac 2014

Pengalaman yang mendapat tarikan .

السلام عليكم

*PERHATIAN : Post ini hanya untuk membuang masa .

Memandangkan pageviews dah 10K , saya nak berkongsi sedikit , pengalaman menulis blog ni . Jap , nak tunjuk bukti dah 10K (tu pun nak bangga :P )
Percaya tak ? Huhu . Disebabkan dah 10K , saya tengok la , apa antara tajuk yang paling menarik , yang sering jadi tumpuan pengunjung blog ini . Dan , topik yang paling menarik adalah tentang pengalaman saya buang tonsil , komen pun paling banyak kat post tu .

Boleh nampak la kan beza dia dengan tajuk tajuk yang lain . Well , sekarang saya fikir , patut ke saya masuk hospital dan buang sesuatu lagi ? (gurau) .
Antara carian yang banyak pun tentang tonsil . Ramai ke orang yang kena tonsilisitis ni ?


By the way , thanks untuk yang rajin membaca blog ni walaupun tak menarik mana . Terima kasih ya ? Hope to see you soon . 

Wallahua'lam .

Jumaat, 21 Mac 2014

Aku dan mereka .

السلام عليكم

Aku tulis post ni bila aku terfikir pasal sesuatu , iaitu 'kawan baik' . Kadang kadang aku tertanya tanya , aku ada kawan baik tak ? Sebab setahu aku , aku memang bukan seorang kawan yang baik . Seorang yang aku boleh akui sebagai kawan baik dan mungkin dia pun akan akui sama macam aku adalah Siti Hajar Burhanuddin , memang dari tahun 2007 la kan , rahsia aku semua dalam tangan dia (tapi aku tau , dia mesti lupa , orang tua memang camtu) .

Bila aku tengok orang lain , hangout , chat , line , katalk , whatsapp hari hari , bukan main manja (sama jantina ok) , yess ! Aku cemburu . Aku terfikir kenapa takde orang layan aku camtu ? Memang aku ada Hajar , tapi kitorang tak selalu contact pun . Dan aku pun tak selalu contact dia kalau takde hal , bukan cari kawan bila susah je , tapi takut orang tu sebuk ke ape ke .

But then aku sedar , aku tak banyak bercakap dengan orang , aku tak ramah . Ada jugak cuba , tapi macam tak jadi , huhu . Ada sehari tu , aku try la whatsapp dekat orang yang kenal aku dan agak rapat la dulu , memang blur , taktau nak cakap apa .

Dan solusinya , aku rasa , elok jugak  aku hidup dalam dunia aku je , bukan nak menyombong , tapi kalau kita memang takde daya tarikan apa boleh buat kan ? (alasan) Dan aku jugak jenis yang taktau nak cakap apa bila duduk dengan orang , sampaikan kadang kadang sebab aku rasa keadaan tu awkward , aku akan capai henset , dan tekan tekan , tekan apa pun taktau . Sebabnya aku takde idea nak borak ape dan aku rasa keadaan tu awkward .

Tu cerita dengan budak sebaya , kalau dengan orang tua lagi takyah cerita . Memang bunyi cengkerik jela , kalau orang tu tak bercakap apa apa . Aku cukup fobia kalau nak kena borak dengan orang tua . Takyah kata orang luar , nenek atau makcik makcik aku sendiri pun aku tak reti nak sembang . Last last , aku buat buat tengok tv atau main henset .

 Cucuk je headset kat telinga camni kalau taktau nak cakap ape . Tapi nanti tak kata sombong ke? (sengaja mengkpop)

 Aku selalu guna taktik earphone bila part taknak layan orang , masa praktikal dulu , disebabkan aku pergi dan balik jalan kaki , ada la jugak kena kacau , jadi sebagai persediaan aku dah cucuk earphone kat henset , biar wayar terkeluar dari poket , siapa yang nak mengacau nampak nanti , dia tau la kalau dia duk menggatal pun aku tak dengar .

Sekarang ni aku tengah terfikir nak masuk kolej nanti , aku cuak sebab aku tak reti bergaul , kalau takde orang yang rapat dengan aku , memang terkapai kapai aku . Tapi tak salah kan kalau menyendiri ? Haih , apa la penyakit aku ni .

Tulisan ni sekadar meluahkan kecelaruan dalam otak . Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada .

Sekian . 

Rabu, 19 Mac 2014

Tadaaa ! I'm back ..

السلام عليكم

Now it's my time . Post ni bukan pasal buku , bukan pasal haul . Tapi pasal diri sendiri . Dah lama tak cerita pasal diri sendiri . Bukan sengaja taknak cerita , malas nak kecoh padahal takde orang kesah pun . Takde ape yang baru , cuma dah habis praktikal la . Bila dah habis praktikal , kesengsaraan dah hilang , duduk rumah , tido , tido , tido , makan , tengok drama , tido . Maka lemak lemak pun membiak dengan jayanya .

Memandangkan praktikal dah tamat , saya cerita sikit la apa yang saya dapat dari praktikal . Pertama sekali , saya belajar untuk bersuara , kalau kita ada pendapat atau cadangan , kita kena suarakan , kalau kita cakap dalam hati , takde sape dengar . 

Yang kedua , belajar bukan sahaja dalam kelas , tapi dekat mana mana pun kita dapat belajar , sambil berborak dengan orang pun kita boleh belajar sebenarnya . Yang ketiga , tanggapan masyarakat kepada orang yang belajar agama , kalau zaman dulu , mintak hukum , bagi je haram , harus , makruh dan lain lain , tapi sekarang orang akan tanya , apa dalil dia ? 

Yang keempat , belajar untuk terima teguran , secara jujurnya , saya seorang yang ego tinggi melangit , kalau orang tegur , susah nak terima , kecuali orang tu yang terlampau rapat dengan saya atau keluarga saya , dan dalam apa apa perkara , mesti nak menang . Tak elok kan ? Tau dah benda tu salah , cuba sikit sikit untuk kurangkan , dan belajar terima teguran .

Yang terakhir , bukan bermaksud ni je yang saya belajar , kalau nak sebut panjang panjang susah , belajar bersyukur , tengok orang lain sebenarnya lagi banyak masalah dan ujian yang diterima dari kita , yang kita lalui apa lah sangat , tu pun merungut banyak . Sampai sini dulu , jumpa lagi ..

P.S : Maaf tak post 2nd hand book minggu lepas takde mood a.k.a malas , mungkir janji kan ? Maafkan saya , insya Allah minggu ni saya post 20 buku , dan minggu ni part terakhir . Tunggu ya ?

Wallahua'lam .

Jumaat, 28 Februari 2014

February's skincare shopping spree / haul & review .

السلام عليكم

Here it is .. This month's skincare shopping spree .. I think I've used a lot of money this month . (Why am I regretting it right now ?)

First of All ... I bought ...

1 ) Watsons compressed DIY facial mask sheet .
Actually this is my 2nd time purchasing it , when I'm using mask , and there'll some balance inside the pack , I'll keep it and use it again with this compressed mask . So , I got two mask !
I bought this from watsons , it is around RM5 .
My rating for this product : 4/5 . If you  want to use it with some expensive serum , I dont recommend it , because you will need to use so much of it .

Will I repurchase ? I already did :P
2 )  Radiance Signature 
This is skin supplement , I saw so many good review about it , but I think , it doesnt really work on me . So sad . It was RM150 (promotion price) for 20 sachet . 

My rating for this product : 2/5 . It is expensive and for me , it doesnt really work , but it does give me some energy , I dont feel tired when I wake up in the morning .

Will I repurchase ? No .

3 . Paula's choice product :
Skin balancing Ultra sheer daily defense (sample size)
Hydralight Shine free daily mineral complex (sample size)
Clear anti redness exfoliating solution (sample size)
and also Clear pore normalizing cleanser (sample size , not in the pic)
I bought paula's choice product with my sister , and for all that , I've to pay RM25 . It was delivered from USA by fedex , took about a week .
I just started using it , so I'm not gonna rate it .

4 )  Etude House Product :
Moistfull skincare kit (sample size)
I'm blooming wash off gel (sample size 10 pcs)
Collagen moistfull sleeping pack (sample size)
Haihhh .. I bought this on Qoo10.my , all of it cost me RM58.30 (-RM5coupon) , so , I have to pay RM53.30 . I ordered it on 23 Jan , I arrived safely on 10 Feb .
But .. sadly , I use it on my hand and feet , because , It cant be used on my face , sometimes my face is dry but I cant use something for dry skin .

My rating for this product : 2/5 . It is not suitable for me .

Will I repurchase ? No No No ~

5 ) Makeup Sponge . The price is RM2.70 , I bought it on Qoo10.my too ..
It was shipped from singapore , I ordered it on 11 Jan , but arrived on 20 Feb . It really pissed me off . I dont know how makeup sponge feel like , because this is my first one .
My rating for this product : 1/5 . I dont see much different from applying with my finger . I tried to apply BB cream with my finger on half of my face , an the other half I tried to use this sponge , but I think there is no noticeable difference .

Will I repurchase ? NO !

While I'm writing this , I'm thinking .. "WOW , I really spent so much this month .. "

6 ) It's skin VC Effector (sample size , 15pcs)
It's Vit C serum . I already have one before this .
I bought it from Qoo10.my for RM10.50 on 12 Feb , it arrived on 21 Feb . Suprising , because it was delivered by normal mail , not standard mail , but arrived so fast .

My rating for this product : 4/5 . I dont know why I love it .

Will I repurchase ? I already did :P

7 ) Radiglow Anti Aging and Skin Radiance Chewable tablet .
After radiance signature havent did any good work on my skin , I try to use this one .
I'm still using this one , so , I'm not gonna rate it , by the way , the pice was RM150 for 60 tablet , it was promotional price . I got this mask as free gift . 

8 ) Modbox ( Shaire dry shampoo , toothpaste and acne patch ) . This beauty box's price is RM9 exclude delivery . I'll rate this box 3/5 because the producst inside it are not very interesting .

9 ) Its Skin PO Efecctor . This one is functioning to minimizes large pores . I love the texture , when I put it on my skin , like silky feeling . The price is RM 27.60 exclude delivery from korea . I bought it on Qoo10.my . Ordered on feb 12 , arrived safely on feb 27 .
I cant rate this product yet , because I only used it yesterday .
Free samples .
So , that's it for this month . I think that was a lot , and yesterday I've bought something online , but since it havent arrived yet , it'll be on next month haul .

I have a goal how much I've to save on a month , but I think , I'll need a limit , so I won't spend too much . Haihh ..

See ya ~

Jumaat, 24 Januari 2014

January's shopping spree / haul & review .

السلام عليكم

This is my first entry about shopping . I think after this , I will update for every month .


1 . Etude House Silk Scarf Shampoo (pic from google search)
I bought this from etude house kiosk at pavilion for RM29.90 . They have sweeties club for january .
What I think about this shampoo , it's not really suitable for dry hair and dry scalp . Because of that , I pour some of my olive oil to this shampoo . It's my recipe and it's okay for me .

My rating for this product : 2/5
Will I repurcharse ? Nope .

Next , we have ...
2 . Etude House AC Clinic White-Trouble 2 Step Toner
I bought this by mistake . I dont know that ac clinic range have two type of toner , ac clinic daily toner and this one , but nevermind , I'm still gonna use this . At first I use this like a toner , but then , I use this as a mask , I pour it onto my compressed mask sheet and let it sit on my face for 10 - 15 minutes .

I bought this from etude house Sungei Wang for RM29.90, I really dislike their customer service (*thumbs downnnnn) .

My rating for this product : 3/5 ( I feel like it doesnt really effective , I like ac clinic daily toner more than this one )
Will I repurcharse ? No


3 . Etude House Skin Malgem : Fresh
At first I really think this doesnt work on me . But then , I realise that I've made a mistake , Skin Malgem fresh is to use like a toner , but I use it with my compressed mask . So I switch my toner to this , and it works out ! My fault . It gives me a clean and fresh feeling on my face .
I also bought this from etude house pavilion for RM29.90 .

My rating for this product ? 4 / 5 ( I wish it can clear my face :( )
Will I repurcharse ? Maybe

4 . Assorted type of mask . 


Leader's Step Solution Mask : AC Dressing
Leader's Step Solution Mask : Aquaringer

Leader's Step Solution Mask : Mela-tox
Leader's Step Solution Mask : Vita Bright
I bought all of these on qoo10.my for RM3.40 per mask . I've tried vita bright first , and I think it's fine , but I love the mask's texture . That's why I repurcharse . I cant rate this product , because I haven't try them all .

5 . 3D Glasses .
I bought this from qoo10.my too , actually , I use my RM10 coupon for this , so I dont have to pay for anything .

6. Etude House Skin Malgem : Deep Moist
I also bought this from etude house pavilion for RM29.90 . I'm actually have oily skin but sometimes my skin became dry and flaky , so , I bought this one .

My rating for this product ? 2/5 . I guess it is because I have oily skin .
Will I repurcharse ? No , because I have oily skin .

7 . Lip tint & balm .

FREEBIES !

This is what I got for free on this month's haul .

Actually , there's some more , but havent reach me yet . So , I'm gonna wait and wait and write it on another month's shopping spree / haul . See ya ;)
*I apologise for my bad english 

Selasa, 31 Disember 2013

Sayonara 2013 ~

السلام عليكم

Pejam celik , dah setahun berlalu . Esok dah 20 dah umur , lepas ni umur puluh je takde belas belas da . Dan untuk 2014 , harapnya , adalah perubahan yang akan berlaku . 

Nak kata azam , bukanlah azam sangat pun , azam ni sebenanrnya hari hari pun kena ada azam , bukan awal tahun je , hehe . Kalau bukan azam , ape eh ? Mungkin benda yang saya cuba untuk lakukan dalam 2014 . Jadi , saya akan senaraikan 5 je . Tapi tak semestinya semua ni terjadi eh , ni rancangan je , jangan pulak lepas ni ada yang tanya , berapa ribu da menyimpan . Sekali lagi saya ulang , ini hanya rancangan .

  1. Mengulang Al-Quran . Entah kenapa sejak dua menjak ni terfikir rasa nak hafal sampai khatam , takpekah , kalau ada rezeki mungkin lepas habis diploma .
  2. Buat jadual , dan cuba untuk ikut . Saya memang seorang yang tak suka berjadual , kalau ada pun , payah la sangat nak ikut , kalau dah tidur , terbengkalai segala-galanya .
  3. Banyakkan membaca , jangan tau beli buku je . Saya suka beli buku , tengok tajuk macam best , beli la , tapi lepas tu perap , sekarang ni ade hobi baru , bagi anak murid pinjam , hehe . Takpelah , tahun depan kena banyakkan membaca .
  4. Berjimat cermat . Kalau boleh , paling kurang simpan RM200 setiap bulan , nampak macam tak banyak , tapi , taktau lah .
  5. Ehem ! (kawen insyaAllah) .No komen .

Selasa, 10 Disember 2013

My money , my skin , my life .

Hari ni ada orang rindu dan suruh update blog , disebabkan kebelangkangan ni saya selalu tengok make up review and skincare review , saya pun nak cerita jugak . Bukan nak buat review , unless someone told me to do so .

Frankly , I am a big spender when it comes to skincare and cosmetic , I just cant stop . But as usual , I always have a breakout .

Should I show you that I'm not kidding ? These are what I just bought last month .


Secara jujurnya , bulan lepas kulit macam dah ok sikit , tapi mungkin sebab makeup , so the breakout comes again . Haih . Bila tengok barang barang sendiri , I wonder , kalau simpan duit yang guna untuk beli semua ni , berapa ribu dah agaknya ?

Walaupun bulan lepas baru shopping , tapi nafsu shopping bulan ni meluap luap . Should I ? or should I not ?

I wish that I can find cosmetic that doesnt give me breakout and skincare that really suit me . Then I don't have to keep buying something else (tapi rasanya kalau jumpa pun sama je) .

Akhir sekali , saya taktau la kalau perempuan lain pun macam ni , tapi saya rasa macam saya ni banyak sangat barang . So , I'm going to show you what I mean by 'banyak' .

Makeup

Fragrances

Skincare

Tak banyak kan ? Ok la tu kan ? Boleh beli lagi kan ? So hajar , kau suruh aku update blog , aku update la benda merapu ni , kot la kalau kau baik hati nak bagi aku duit poket ke .. :P

See you ~

Isnin, 18 November 2013

Praktikal oh praktikal ..

السلام عليكم

Masuk sem 5 , bermulalah praktikal . Bermula la juga jadual kehidupan yang baru . 1 November 2013 . Saya memulakan tugas di Madrasah Tahfiz Al-quran Syazwan (MTAQS) sebagai seorang 'ustazah' . 

Pagi mengajar budak tadika , petang ajar hafizah . At first , budak tadika macam takut - takut sikit dengan saya . Budak hafizah pulak rasa ' pendiamnya ustazah ni ' ..

Waktu saya sambung menulis entri ini , saya berada di asrama MTAQS , memang tak duduk asrama pun sebenarnya . Tapi terpaksa :P , untuk kem cuti sekolah selama 2 minggu terpaksa berkampung di asrama , tapi balik jugak setiap 2 hari , sebab malas nak basuh baju sendiri .

Sepanjang di sini , saya tak ada sebarang masalah dengan ustazah - ustazah atau pelajar - pelajar . Tapi tekanan dirasai bila ditanya soal hukum hakam . Tak berani nak bagi hukum hakam ikut sesuka hati , so , tertekan la jugak .

Pelajar hafizah dekat sini , cuma 3 orang , jadi jurang guru - pelajar tu tak ada la sangat , rehat , makan sama dengan dorang , memang sengaja buat macamtu , supaya dorang ada rasa hormat dengan guru , bukan rasa takut . Tapi pelajar tadika ada berbelas orang , dan disebabkan budak kecik , terpakasa la garang sikit , tapi malangnya dorang tak takut sangat , saya pulak yang takut nak marah dorang lebih - lebih , takut nanti dorang nangis .

Lagipun , saya memang suka budak budak , tapi kalau nakal sangat tu dari suka pun boleh jadi geram . Heee ..

Dah taktau nak merepek apa dah , entri ni pun disebabkan dah lama tak update blog .

Jumpa lagi ;)

Isnin, 14 Oktober 2013

Episod ke 19

السلام عليكم

Terima kasih buat semua yang mendoakan saya hari ni , melalui tahun yang baru dalam hidup ni , semakin dekat dengan kematian . 18 tahun yang dah berlalu tu , taktau pun apa je kebaikan yang saya dah buat . Moga tahun ke 19 ni saya lebih matang dan lebih solehah . Amin .



Untuk tahun yang baru ni , harap harap nya :

- Jadi lebih baik ( semua orang harapkan ni )
- Dapat habiskan diploma .
- Kumpul duit .
- Dapat 4.0 masa sem 6 .
- Etc :P

Sekali lagi , buat yang doakan saya , semoga doanya termakbul , jazakumullah khairan kathira , harapnya kalian sentiasa mendoakan saya .

Sedikit gambar semasa buat sanah helwah adik , abang , makteh .

 

P/S : Selamat hari raya aidiladha . :)


والله أعلم


Isnin, 30 September 2013

Welcome again , mr. final

السلام عليكم

Fuh .. Fuh .. Tiup sikit , berdebu dah blog ni .. Ohok ohok ..

So , mr. final tu datang lagi , mr. final bukanlah boyfriend saya , dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang tengah nazak dan juga yang telah meninggalkan negeri bala ini . 

Bermulanya hari ini , bermulalah final exam untuk saya dan pelajar pelajar kolej Islam as-sofa , dah nak habis semester 4 dah saya eh ? Cepat masa berlalu , lebih setahun dah saya kat kolej walaupun masih terkinja kinja macam budak tadika dapat smarties . 

Dan bermulanya sem 5 , bermulalah perjalanan untuk praktikal pulak , walaupun saya pilih untuk mengajar , tapi saya tak tahu nak mengajar apa sebenarnya , saya pun belum cukup belajar lagi , main je banyak . Kalau ajar budak untuk bermain main , mungkin boleh .

Aip aip , kita rewind sikit , tadi nak cerita pasal final kan , haaa . Alhamdulillah , dengan bantuan Allah , setakat ni saya punya CGPA memuaskan , dan harap akan sentiasa meningkat , kalau harapkan usaha saya , memang tak CGPA macam tu , entah apa apa jadi nanti , tapi semuanya dengan kuasa Allah .

Dan ... hehehe .. Doakan saya dan kawan kawan supaya berjaya dalam exam kali ini , doakan saya dengan hidayah dan taufiq , kejayaan di akhirat dan di dunia . InsyaAllah , amin ..

Apa yang kita mahu ? KEJAYAAN :)

والله أعلم

Khamis, 8 Ogos 2013

Hilang di Masjidil Haram

السلام عليكم

Alhamdulillah , dalam pukul 1 petang 7/8/13 , saya dan mak ayah saya selamat sampai ke tanah air . Umrah pada bulan puasa sangat la mencabar , nak dapat pahala besar bukan senang kan .

Dipendekkan cerita , kami tiba di Madinah pada 27/7/13 , dalam pukul 1 pagi , bertolak pulak ke Makkah pada 29/7/13 sebelum zohor dan sampai selepas asar . Setibanya kami di Makkah , nak buat umrah cepat cepat , boleh buka ihram , selesai solat zohor , terus kami menuju ke Masjidil Haram untuk tawaf umrah .

Ramainya orang takyah cakap la kan , dengan orang yang berhenti tengah tengah jalan sebab ada orang sedekah kurma , kena banyak bersabar , tengah tawaf , azan maghrib berkumandang . Maka berhenti minum air zam zam dan sambung tawaf , waktu selesai pusingan ke - 8 (was was sebab tercari cari mak punye hal , tambah lagi 1) saya terpisah dengan mak saya , dan waktu tu la iqamat .

Mak saya taktau terhimpit kat mana , saya jalan depan sikit lagi dari lampu hijau sebelum keluar tawaf , tapi depan tu dah penuh laki buat saf untuk solat . Dengan 2 perkataan iaitu law samaht (excuse me) saya mencelah jugak la . Tapi fikir punye fikir , tengok saf laki ni sampai belakang , kalau mencelah sampai bila tak sudah . Saya jalan terus , dan Alhamdulillah terjumpa saf perempuan , mencelah kat situ dan solat maghrib bersama imam .

Selesai sahaja solat , tak tau kat mana mak saya solat , tapi janji jumpa kat lampu hijau , time tu la cleaner datang nak membersihkan , saya cabut naik atas , ikut orang je . Dah ikut orang , sampai kat tempat sa'ie tingkat 2 , tengok mcm sama je dengan tingkat 1 , tapi tengok tak ada bukit , so cari pulak jalan keluar nak pergi tingkat 1 , sampai kat tempat sa'ie tingkat 1 , dah tau dah nak pergi mana (sebab dulu dah pernah pergi sekali , ingat lagi jalan tu ) , jalan la terus pergi ke kaabah , nak pergi kat lampu hijau balik .

Sampai je kat lampu hijau , jumpa jugak mak dengan muka risau . Mak kata abah dah ajak pergi tempat sa'ie tadi , tapi mak tak sedap hati , suruh tunggu dulu , kalau tak , tak jumpa la kau . Kalau tak pernah pergi , taktau jalan , mungkin panic jugak la kalau sesat , tapi Alhamdulillah ingat lagi jalan . Maka mak saya jumpa balik anaknya yang hilang .

HAPPY ENDING :P

Isnin, 8 Julai 2013

My Dream

Dreams are something that all of us need to have. It is our vision. Dreams are what you want to do for your future. I believe that having a great dream is a must to us. And I have a dream. How about you ? Do you have a dream? What’s your dream? A nice job? A beautiful house? A happy family?

I believe that everyone have a dream , and my dream is to travel around the world . I think some of my classmates already know about this . My father is a Homeopathic practitioner . I lived in Syria when I was 9 years old . I lived there for about 2 years . I also have visited a few of the Middle Eastern countries such as Dubai and Saudi Arabia .

Each time I went to Syria , the plane would transit at Dubai , and sometimes it transited for several days , so we have a few days to walk around the city . Once , we had dinner on a cruise boat at Dubai , it was my father's patient's treat . It was a pleasant memory .

The reason I loved travelling is my love for languanges mostly Arabic, I don't know why , but I have learnt Arabic and English since I was a kid . At first , I dont really like it but as time passes and I was living in Syria where I need to use Arabic to communicate I started to love languanges , and my father sometimes talk to me in Arabic , I am also thinking about furthering my studies in Arabic literature . I have also started to learn Japanese by myself , but I'm not really good at it , since I am learning it just for fun . I have no motivation to do it seriously .

If I can , I would like to be an Arabic teacher for non-Muslims esspecially the Japanese , thats the reason I am learning Japanese . The reason that I want to teach them Arabic is because I also want them to learn about Islam . That is more or less what my dream is , although I have many more dreams , but for the moment it is my hope that this dream will come true.

Ni sebenarnya essay saya untuk public speaking , saje je share ;)

Selasa, 2 Julai 2013

Seperti yang dijanjikan

السلام عليكم

Maafkan saya sebab dah lama tak update blog ni , seperti yang dijanjikan di entry ini , saya akan masukkan banyak lagi gambar yang kawan kawan saya ambil di Taman Tasik Ampang Hilir , maaf sangat sebab lambat , kesulitan amat dikesali :P

So , berikut adalah gambar gambar yang dijanjikan .. Jangan lupa support NSNS Photography di sini .


Banyak pulak gambar saya , nak buat macam mana , model tak bergaji kan :P . LOL .